Sunday, November 27, 2011

Tmb. Menteri Terlebih Cerdik..

Lu Tengok Gambar nii beb !!
Kota Tinggi Johor,dilanda banjir walaupun Umno yang Perintah selama 50 tahun lebih.. Banjir di Terengganu tu apa kes???

BACHOK: Pembinaan perparitan dan longkang yang sempurna bagi mencegah banjir kilat akan dijadikan antara agenda utama Barisan Nasional (BN) jika diberi peluang oleh rakyat Kelantan memerintah pada pilihan raya umum kelak.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata ini disebabkan sebilangan besar rakyat terutama yang tinggal di kawasan perumahan dan jumlah penduduk yang padat terpaksa berpindah setiap tahun kerana ditenggelami air bertakung disebabkan air hujan tidak dapat mengalir keluar.

"Belumpun paras air Sungai Kelantan melimpah tebing sudah ramai rakyat yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan apabila kediaman mereka dinaiki air," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan RM300 kepada setiap 17 ketua keluarga mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Pak Badol di sini, hari ini.

Seramai 65 mangsa banjir ditempatkan di situ sejak dua hari lalu apabila rumah kediaman mereka di sekitar Kampung Pak Badol dinaiki air antara 0.2 hingga 0.3 meter.

Mereka termasuk yang tinggal di Kampung Tasek, Kampung Pak Poja dan Kampung Mahligai.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, masalah itu timbul disebabkan kegagalan kerajaan negeri membinanya walaupun diberi peluang selama 21 tahun menerusi pihak berkuasa kerajaan tempatan.

"Kerajaan negeri sepatutnya menyediakan pelan tindakan jangka panjang dan menyeluruh agar lebih ramai rakyat mendapat kemudahan itu dan tidak menyusahkan mereka sebaik sahaja selepas berlaku hujan lebat," katanya. - BERNAMA / Juragan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular