Thursday, November 17, 2011

MCA: Kembali ke negara jika mahu mengundi

NONEMCA menyokong hak setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, tanpa mengira sama ada mereka tinggal di dalam negara atau di luar negara, asalkan mereka pemilih berdaftar, kata timbalan presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Namun katanya, MCA berpendapat pengundi di luar negara patut kembali ke tanah air dan menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada pilihan raya. Ini kerana masih terdapat kelemahan untuk menjamin kelancaran pengundian menerusi kedutaan atau konsulat Malaysia.

"MCA percaya dengan hak setiap rakyat Malaysia untuk mengundi. Adalah menjadi harapan kami agar pihak berkuasa relevan dapat menyelesaikan pelbagai isu teknikal dan logistik secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Liow, mengundi dalam pilihan raya adalah tanggungjawab setiap warganegara dan merupakan hak asasi semua rakyat Malaysia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"MCA percaya terdapat banyak isu teknikal dan logistik, yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

"Ia termasuk isu seperti menyediakan kedutaan-kedutaan Malaysia untuk menempatkan lebih 700 peti undi untuk kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

"Sistem perlu dirumuskan untuk mengelakkan pertindihan undi dan mengesahkan pengundi berdaftar," katanya.

Beliau mengulas desakan orang ramai MCA menarik balik cadangan tidak membenarkan rakyat Malaysia di luar negara daripada mengundi menerusi pos seperti yang dikemukakan oleh perwakliannya kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pembaharuan sistem pilihan raya.

NONEJumaat lalu, wakil MCA Ei Kim Hock, iaitu ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ei Kim Hock memberitahu PSC bahawa cadangan untuk memperluaskan undi kepada rakyat Malaysia di luar negara adalah tidak munasabah kerana mereka menerima maklumat yang "meragukan".

"Pengundi yang menetap di luar negara tidak harus dibenarkan untuk mengundi," katanya sambil menambah parti itu memandang serius perkara itu kerana mereka yang tinggal di luar negara tidak mengikut perkembangan dalam negara dan tidak memahami sepenuhnya keadaan di Malaysia.

Sejurus selepas kenyataan itu dikeluarkan, MCA dibidas pelbagai pihak sehingga memaksa presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk membuat penjelasan bahawa Ei telah membuat kesilapan.

Namun beliau tidak berkata cadangan yang dikemukakan itu akan ditarik balik.

Sebaliknya Liow dalam kenyataan akhbarnya itu mempersalahkan parti pembangkang yang didakwanya mempolitikkan isu berkenaan.

"Saya menggesa DAP untuk tidak mempolitikkan isu ini atau memutarbelitkan kebenaran demi kepentingan politik mereka," katanya. MKini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular