Kenapa orang-orang Nong Chik dikatakan bertepuk tangan gembira?
Seorang ahli Pergerakan Wanita Umno, yang memegang potfolio yang tidak kurang penting dalam pergerakan itu telah mendakwa semenjak timbulnya isu Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abd Jalil para penyokong atau orang-orang Raja Nong Chik bertepuk tangan kegembiraan.
Seorang ahli Pergerakan Wanita Umno, yang memegang potfolio yang tidak kurang penting dalam pergerakan itu telah mendakwa semenjak timbulnya isu Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abd Jalil para penyokong atau orang-orang Raja Nong Chik bertepuk tangan kegembiraan.
Ini kerana selain Sharizat yang dianggap sebagai calon tradisi di parlimen itu, nama lain yang disebut sebagai calon ialah Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Aku kurang pasti mengapa orang-orang Nong Chik sudah mula yakin bahawa Shahrizat tidak akan lagi dicalonkan berikutan kontroversi Pusat ‘Feed The Lord’ Kebangsaan itu, kerana hingga kini baru dua pendedahan tentang penyelewengan dana untuk projek tersebut didedahkan.
Dalam pendedahan pertama, Rafizi dari KeAdilan telah telah mendedahkan pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.
Dan Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan keuntungan faedah daripada simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.
Rafizi juga telah mendakwa Shahrizat dan keluarganya didakwa memboroskan sebanyak RM827,579 dari dana NFC untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009.
Pendedahan kedua pula KeAdilan mendedahkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli sebuah kondominum mewah berharga RM9.8 Juta.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, NFC telah membuat empat transaksi pindahan wang dari akaun semasanya di sebuah bank tempatan di cawangan Tun Dr Ismail, kepada sebuah pemaju hartanah terkemuka.
Transaksi pertama RM699,870.00, transaksi kedua melibatkan RM694,150.00, ketiga RM4,199,220.00 manakala yang ke empat RM4,164,900.00 menjadikan jumlah keseluruhannya ialah RM9,758,140.00.
Keseluruhan transaksi telah dibuat pada hari yang sama iaitu pada 2 Disember 2009.
Menurut Rafizi pendedahan berikutnya akan dilakukan dalam minggu yang akan datang, bersamalah kita nantikannya.
Berbalik kepada orang-orang Nong Chik yang kini bertepuk tangan gembira itu..
Selain dari menyedari bahawa Kerusi Parlimen Lembah Pantai sukar untuk dipertahankan oleh Nurul Izza berikutan pertambahan mendadak undi pos dari sebanyak 149 undi pos direkodkan pada 26 September 2011 kepada 2180 pengundi pada 2 November 2011 iaitu peningkatan 1,363 peratus.
Mungkin mereka tahu agaknya bahawa dengan RM257 Juta dana untuk Pusat ‘Feed The Lord’ Kebangsaan banyak perkara lagi boleh dilakukan selain dari makan angin dan membeli Kondominium.
Dengan dua pendedahan dilakukan mereka sudah gembira bagaimana agaknya perasaan mereka menyambut pendedahan-pendedahan seterusnya.
Aku juga difahamkan pihak KeAdilan melakukan pendedahan berdasarkan transaksi lengkap account National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang diperoleh mereka dari sumber yang terpaksa dirahsiakan demi menjaga kepentingan pemberi maklumat.
Adakah orang-orang Nong Chik tahu apa yang akan didedahkan seterusnya?.. hanya mereka yang mampu menjawabnya…
Khairy yang tidak ada kena mengena dengan projek ini tiba-tiba melantik dirinya sendiri sebagai jurucakap National Feedlot Corporation, kelihatan sibuk mempertahankan Shahrizat.
Sebenarnya beliau telah menutup ruang Shahrizat untuk menafikan dakwaan pembelian Kondominium bernilai RM9,758,140.00 itu.
Ini kerana tak tahu dari mana sumber yang beliau dapat, Khairy mengatakan bahawa pembelian Kondominium tersebut adalah satu pelaburan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd.
Satu kenyataan yang menjelaskan bahawa memang benar Keluarga Shahrizat telah menyalahgunakan dana yang diperuntukkan untuk National Feedlot Corporation.
Apa tujuan Khairy?.. mahu menyelamatkan atau membantu membunuh karrier politik Shahrizat?
Ada juga yang berkata Khairy lantang dalam isu ini kerana ladang National Feedlot Corporation terletak dalam kawasan Parlimen sepupunya sendiri, Dato Shaziman Mansor, Menteri Kerja Raya.
Adakah kita sedang menyaksikan satu acara cantas mencantas di dalam UMNO menjelang Pemilihan Agung UMNO sekarang ini?
Cantas untuk membunuh karrier politik seseorang dengan meminjamkan pisau kepada pihak lawan..
Memang dahsyat budaya cantas mencantas dalam UMNO Baru ini… sanggup membekalkan senjata kepada musuh untuk membunuh sahabat yang menghalang matlamat. - ASD
Orang-orang Raja Nong Chik bertepuk tangan bila timbul skandal projek lembu feedlot.
(Free Malaysia Today) - Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai semakin bergelora apabila penyokong tokoh tertentu dari Umno mula bersaing sesama sendiri bagi memastikan pemimpin yang disokong mereka dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Seorang ahli Pergerakan Wanita Umno, yang memegang potfolio yang tidak kurang penting dalam pergerakan itu memberitahu, isu ini semakin panas semenjak timbulnya isu Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abd Jalil.
Beliau yang mahu dikenali sebagai Ani berkata, selain Sharizat yang dianggap sebagai calon tradisi di parlimen itu, nama lain yang disebut sebagai calon ialah Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
“Sekarang angin gelora pilihan raya siapa akan dicalonkan memang semakin panas, dah semacam tak terkawal lagi dah di Lembah Pantai ni.
“Walaupun semua orang tahu dah berapa penggal Sharizat bertanding di Lembah Pantai, tetapi Raja Nong Chik juga dah lama cuba masuk jarum, berkempen sana-sini.
Tepuk tangan isu projek feedlot
“Yang buat saya sakit hati tu, bila timbul pula skandal projek feedlot tu, orang-orang Raja Nong Chik, bukannya nak membantu atau pun sekurang-kurangnya simpati, tetapi bertepuk tangan lagi adalah.
“Kalau penyokong pembangkang tu tak kisahlah, tetapi saya tengok dia orang pun sama juga macam penyokong pembangkang, itu yang buat saya sedih tu,” kata beliau.
Beliau juga memberitahu walaupun anggapan sesetengah pihak bahawa Raja Nong Chik adalah calon boleh menang di Parlimen Lembah Pantai tetapi belum tentu dapat mengatasi prestasi Sharizat sekaligus boleh menjamin kemenangan BN di kawasan itu.
“Saya berpendapat kalau ada orang kata Raja Nong Chik adalah calon ‘winnable’ di sini, itu belum tentu lagi, sebab Sharizat adalah calon favourite di sini kalau nak bandingkan dengan Raja Nong Chik.
“Memang kita akui dia adalah Ketua Umno di sini, tetapi jangan lupa Sharizat pernah berkhidmat sebagai YB selama tiga penggal, banyak bantu penduduk dan dah tentu lebih mengenali pengundi di sini berbanding Nong Chik.
Hari ini isu National Feedlot Centre (NFC) semakin heboh diperkatakan. PKR telah menjadikan isu ini sebagai senjata untuk menyerang kepimpinan UMNO apatah isu ini melibatkan keluarga kepada Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Daripada maklumat yang kami perolehi, "wanita pertama" negara, Datin "Hajjah" Rosmah Mansor memberi "blessing" kepada Shahrizat dalam isu National Feedlot Center (NFC). Benarkah Datuk Seri Najib juga tahu tentang ini akan tetapi mendiamkan diri kerana ini adalah "habuan" kepada Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO dan kesetiaannya kepada beliau dan isterinya?
Di dalam usaha untuk menyelamatkan Shahrizat, berberapa laman web dan blogger telah mendapat arahan "berbayar" untuk memastikan serangan terhadap Ketua Wanita UMNO itu dapat ditangkis. Di antara blogger yang mendapat arahan ini adalah Papagomo dan Parpukari. Lihatlah bagaimana mereka bermati-matian menyelamatkan Shahrizat dalam blog mereka.
Sementara itu, kami juga menerima maklumat tentang pergerakan menentang Najib di dalam UMNO. Habuan telah mula turun agar blogger-blogger elit dalam UMNO mula menyerang Najib. Blogger-blogger seperti Another Brick In The Wall dan Bigdogdotcom bakal menyerang Najib dengan lebih dahsyat tidak lama lagi.
Apakah yang bakal berlaku kepada UMNO sebagai parti Melayu terbesar di Malaysia?
Sumber : Selamatkan UMNO
No comments:
Post a Comment