Wednesday, November 16, 2011

Khir Toyo minta Blogger Tulang Besi Failkan kes di mahkamah

Khir berkata jika dakwaan Tulang Besi adalah benar, mahkamah boleh mengisytiharkan pilihan raya sebagai tidak sah.

(Free Malaysia Today) - Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo menasihatkan blogger Tulang Besi (Abdul Rahman 'Celcom') agar memfailkan kes di mahkamah sekiranya Tulang Besi mempunyai bukti.

“Failkan kes di mahkamah kalau betul ada bukti. Jika benar terbukti mahkamah boleh mengisytiharkan bahawa pilihan raya tidak sah."

"Jangan tuduh sembarangan,” kata Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan blogger pro-PAS, Tulang Besi yang berdoa agar Allah menghukum sesiapa saja dan agensi kerajaan mana sekalipun yang terlibat dalam usaha memanipulasi pilihan raya umum ke-13.

Antara lain Tulang Besi menamakan Umno, Barisan Nasional (BN), Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Imigresen dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tulang Besi menulis di dalam blog Malaysia Waves sedemikian kerana mendakwa menerima maklumat daripada sumber dalaman Umno bahawa Umno-BN pasti memanipulasi pilihan raya kerana Umno telah pun mendaftarkan seramai 200,000 rakyat Indonesia sebagai pengundi di Selangor.

Khir turut berkata bahawa meskipun berdoa adalah hak blogger tersebut, ia adalah tindakan kurang bijak kerana membawa masuk aspek agama ke dalam politik.


Di Petik Dari Blog Tulang Besi

DOA SEMOGA ALLAH GAGALKAN PENIPUAN UMNO DALAM PRU-13


Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.


Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.


Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular