Tuesday, November 15, 2011

Mesyuarat BN : Shahrizat akan digugurkan? (+Video)

azlanMesyuarat BN: P'raya atau rombakan kabinet?

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat spekulasi bahawa rombakan kabinet akan diadakan, memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bermesyuarat dengan ketua-ketua parti komponen malam ini.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, menyifatkan mesyuarat yang dijadualkan malam ini sebagai "menarik" dan mengandaikan salah satu daripada dua perkara yang dijangkakannya itu.

"Ia mungkin pembubaran Dewan Rakyat, tetapi kemungkinannya kecil. Tetapi ada satu lagi sebab, yang kebanyakan orang tidak jangkakan - rombakan kabinet," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Jika ia mengenai rombakan kabinet, Lim berkata persoalan yang akan timbul adalah sama ada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kekal memandangkan kemelut projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki keluarganya.
"Adakah beliau (Shahrizat) akan digugurkan? Daripada menternak lembu di ladang, beliau mahu ternak lembu di sebuah kondominium," sindir Lim.

Sebelum ini, pemimpin BN menuntut perletakan jawatan Shahrizat. Ia termasuk Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab patut meletakkan jawatan. Mk

Najib jumpa pemimpin parti komponen BN

barisan nasional
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi menemui pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), yang dipercayai ada kaitan dengan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pertemuan kira-kira dua jam di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, dipercayai adalah antara siri pertemuan yang diadakan parti itu, ketika pelbagai pihak terutama pembangkang menguar-uarkan PRU ke-13, bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

Antara pemimpin yang kelihatan memasuki kediaman rasmi Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M
Kayveas.

Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk VK Liew; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing; Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - Bernama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular