Friday, November 18, 2011

Shahrizat letak jawatan????


EKSKLUSIF: Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri desak Shahrizat 

1. Maklumat yang baru diterima, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri di kediaman Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil sebentar tadi. 

2. Pihak NFC juga dilapor akan mengadakan sidang media pada esok, bagi menerangkan pelbagai persoalan dan kemelut yang melanda "Projek Lembu" yang heboh diperdebatkan akhir-akhir ini. 

3. Mungkin juga NFC akur untuk mengadakan sidang media disebabkan Muhyiddin dah sound semalam! 

4. Kami juga difahamkan Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri turut mendesak Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil agar TIDAK MELETAK JAWATAN, dan Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri dijangka akan turut mengadakan mesyuarat tergempar bersama Ketua-Ketua Wanita UMNO Bahagian di negeri masing-masing esok. 

5. Namun perkara yang tak berapa seronok kami dengar, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail tetap akan memberi alasan sama sebagaimana alasan KJ berkenaan keputusan pembelian Kondo One Menerung - SUMBER

Berita Harian | Pembelian kondo keputusan perniagaan bijak: Pengerusi NFC
GEMAS: Pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), adalah keputusan perniagaan bijak, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh.

Menjelaskan kontroversi yang timbul, beliau berkata, sekiranya wang itu ditempatkan di dalam bank, kadar pulangan tahunan hanya 2.6 peratus.

"Berbanding pelaburan sektor hartanah, ia mampu menjana keuntungan tahunan 12.9 peratus serta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 yang disalurkan kepada syarikat dan bukannya individu."

"Masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan.

"Justeru, sambil menunggu pelaksanaan projek seterusnya, saya fikir duit geran yang masih belum digunakan itu perlu dilabur supaya mendapat keuntungan," katanya pada sesi taklimat media di pejabat ladang NFC, di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini pembangkang mendakwa, syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

Berita Harian | NFC timbang tindakan undang-undang terhadap Rafizi

GEMAS: Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, belum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penasihat ekonomi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kerana membuat tuduhan tidak berasas terhadap syarikat dan ahli keluarganya.

"Kami sekeluarga perlu duduk semeja dan berbincang sebelum memutuskan langkah susulan yang perlu diambil," katanya pada sidang media ketika menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan Rafizi baru-baru ini. Peguam NFC, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, yang turut hadir pada sidang media itu, berkata beliau sudah menasihatkan anak guamnya bahawa tindakan undang-undang ke atas pendakwa boleh dilakukan kerana tuduhan yang dilemparkan tidak berasas.

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya boleh memberi nasihat dari segi perundangan dan menyerahkan kepada anak guamnya untuk membuat keputusan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular