Saturday, November 19, 2011

PINJAMAN tiada jadual bayaran balik. Wowwww...besssst nya.


Pinjaman apa yang tiada jadual pembayaran balik? 
Siapa yang menonton Buletin Utama TV3 jam 8 malam semalam pasti ada mendengar kenyataan/ pengakuan Pengerusi Eksekutif NFC yang mengesahkan PINJAMAN MUDAH RM250 juta kerajaan kepada NFC TIADA JADUAL BAYARAN BALIK.Wowwww...besssst nya.

Apa yang aku faham kalau tiada jadual bayaran balik beerti boleh dibayar pada bila bila masa sahaja selagi ADA BULAN,BINTANG DAN MATAHARI.Bestnya kalau aku dapat pinjaman macam itu..Puas aku cari klip video tu dalam arkib TV3 tak jumpa pulak bab dia kata tak ada jadual bayaran balik tu dan di Youtube juga gagal,kalau tidak boleh aku kongsikan kat sini.

Tapi aku yakin bukan aku seorang je yang tonton pengakuan dia ni tapi mungkin jutaan rakyat Malaysia yang turut sama menonton Buletin Utama semalam.Aku malas nak komen pasal sidang media ni sebab nanti ada ramai orang yang bengang dan kata apa yang aku tahu pasal bisnes lembu ini untuk memandai mandai komen.Memanglah aku tak tahu pasal bisnes lembu ini,tapi sebagai rakyat yang ada akal aku tidak mahu DI LEMBUKAN dengan penjelasan penjelasan yang lembu pun tak boleh faham...itu je.

Jadi kepada pembaca yang terlepas menonton video sidang akhbar NFC ini bolehlah tonton kat NST online,Berita Harian online Tonton TV3 dan The Star online,semua nya media online kita jadi tidak timbul ISU laporan berat sebelah.Lepas itu buatlah penilaian sendiri terutama bab Datuk ini bercerita tentang pengalaman dia dan pengorbanan anak anak dia DI PAKSA main tahi lembu sedangkan rakan rakan sebaya mereka berbahagia bekerja di Amerika Syarikat.

Kita patut respect "PENGORBANAN" anak beranak ini yang terpaksa bermain dengan tahi lembu setelah diberi Pinjaman Mudah RM250 Juta oleh kerajaan TANPA JADUAL BAYARAN BALIK(itu pengakuan dia sendiri).Bukan semua orang sanggup "BERKORBAN" macam yang dilakukan keluarga ini untuk WANG sebanyak itu.He he he...

P/S : UNTUK RM250 JUTA JANGAN KATA MAIN TAHI LEMBU..BERENDAM DALAM NYA 7 HARI 7 MALAM PUN AKU SANGGUP BUAT.ANDA BAGAIMANA?


http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2011/11/pinjaman-apa-yang-tiada-jadual.html

Berbuih-buih mulut lembu media Umno pertahankan lembu dalam kondo
Umno -Bn bernasib baik kerana semua media utama di negara ini dikuasai oleh mereka.Kalau tidak dah lama Umno-Bn berkubur tanpa batu nesan.Berbuih-buih lembu-lembu Umno pertahankan lembu yang duduk dalam kondo mewah RM9.8juta dalam TV3 dan media prima yang dikuasai mereka.Yang penting Makcik Felda dan orang kampung percaya kepada lembu-lembu yang keluar dalam tv dan media yang dikuasai mereka.

Apa Umno ada tanpa media arus perdana yang cuba jadikan rakyat Malaysia macam lembu-lembu yang mereka pertahankan?Mereka hanya pandai untuk elak serangan pembangkang bukan mahu pihak SPRM dan polis siasat lembu-lembu yang hidup kaya dalam kondo mewah tu.Pihak polis dan SPRM main tarik tali untuk siasat segala lembu yang menjahanamkan duit rakyat.Siasat macam anak lembu menanduk ibu lembu ketika nak hisap susu mak lembu!

Mereka hanya berani jelaskan isu lembu dalam media yang mereka kuasai secara panjang lebar tapi bila diajak berdebat untuk buktikan betapa jahatnya lembu yang tinggal dalam kondo perabih duit rakyat mereka mengelak dengan seribu alasan!Ada telor tapi pengecut! Debat la kalau berani nak takut apa kalau tak salah.

Ketua Wanita Umno kini dah jadi kain lap lantai , hanya pandai buat mulut buyung tak boleh nak kata apa dah hanya serahkan kepada lembu-lembu yang mula mencacak ekor dalam Tv dan media arus perdana untuk pertahankan Sharizat dan keluarga. Misai merah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular