Tuesday, November 15, 2011

Johor : "Pak Uban" buat maksiat

Gambar Hiasan
Jual tubuh dalam hutan
KOTA TINGGI - Seorang lelaki warga emas dikenali sebagai ‘Pak Uban’ menjadikan sebuah pondok dalam kawasan hutan di Batu 16, Jalan Mawai, dekat sini, sebagai tempat pelacuran.

Namun, tindakan lelaki berusia 65 tahun itu terbongkar apabila dia ditahan polis dalam satu serbuan jam 6.30 petang, kelmarin.

Turut ditahan adalah tiga wanita warga asing berusia 29 hingga 36 tahun.

Dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai RM2,421; empat cakera padat digital (DVD) lucah; lima telefon; lima bungkus kondom dan ubat pencegah kehamilan.

Timbalan Ketua Polis Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, pihaknya melakukan intipan sejak dua minggu lalu selepas menerima maklumat berhubung kewujudan sindiket pelacuran itu yang beroperasi kira-kira satu kilometer ke dalam hutan dari Jalan Utama Mawai.

Menurutnya, lelaki terbabit menyediakan sebuah pondok kecil untuk perkhidmatan seks, di samping sebuah lagi pondok untuk pelanggannya berehat.

“Lelaki terbabit mengaku mengendalikan tiga wanita warga asing itu ketika ditahan, selain mengenakan bayaran RM50 untuk setiap perkhidmatan ditawarkan kepada orang ramai termasuk penduduk setempat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, semalam.

Muhammad berkata, pihaknya juga mendapati semua wanita terbabit mempunyai dokumen perjalanan sah dan lengkap untuk tujuan sosial.

“Ketiga-tiga wanita ini direman selama 14 hari sehingga 25 November depan dan disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Manakala lelaki terbabit direman selama tujuh hari sehingga 20 November depan dan disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan,” katanya.

Serbuan ke sarang maksiat itu diketuai Ketua Balai Polis Mawai, Sarjan Ibrahim Mamat bersama enam anggotanya. - SH

Mencari rezeki HARAM pada usianya yang semakin senja
KOTA TINGGI: Seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Uban mengambil jalan mudah untuk mencari rezeki pada usianya yang semakin senja apabila membina sebuah pusat pelacuran mini berhampiran lombong pasir di sini.
Pusat maksiat beroperasi 24 jam di Batu 16, Jalan Kota Tinggi-Mersing itu mempunyai tiga pondok, dua daripadanya untuk pelacuran manakala satu lagi untuk pelanggan bersembang sementara menunggu giliran.

Pak Uban yang berusia 65 tahun menggajikan tiga wanita warga asing yang dijadikan pemuas nafsu seks pelanggan yang bukan saja terdiri daripada pekerja lombong terbabit, malah buruh ladang serta penduduk tempatan.

Kegiatan haram di Hutan Simpan Panti itu berlarutan sejak lebih sebulan lalu dan sukar dikesan berikutan lokasinya yang tersembunyi dan berhampiran rumah kongsi pekerja.

Bagaimanapun, hasil intipan polis berdasarkan maklumat orang ramai, kegiatan itu dipatahkan, kelmarin.
RAMPAS...wang dan barangan yang dirampas daripada Pak Uban.
RAMPAS...wang dan barangan yang dirampas daripada Pak Uban.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular