Thursday, November 17, 2011

Anwar: Siasatan video seks untuk aibkan saya

NONEKetua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pasukan polis yang diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin politik mereka sekali lagi cuba "mengaibkan" dirinya.

Bercakap kepada wartawan selepas memberi kenyataan di balai polis Kepong petang semalam, Anwar berkata siasatan itu berikutan laporan polis yang dibuatnya 22 Mac lalu terhadap trio 'Datuk T' yang telah menayangkan sebuah pita lucah yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang miripnya.

"Saya telah buat laporan polis berhubung ugutan yang berkata 'jika Anwar dan (presiden PKR Dr) Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan, mereka (Datuk T) akan mendedahkan segala-galanya'.

"Tetapi (di sebalik menyiasat ugutan itu, pihak polis menjalankan) siasatan ini, kononnya mahu untuk mengenal pasti siapa dalam video itu yang bertujuan untuk memalukan saya lagi.

"Penjenayah yang telah membunuh, mencuri lembu, merompak ratusan juta ringgit tidak disiasat," kata Anwar.

Beliau tiba di Balai Polis Kepong kira-kira 3.15 petang semalam dengan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebelum memberi keterangan kepada polis selama sejam.

Menurut Anwar lagi, beliau dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

"Saya diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam terhadap saya berhubung laporan (penafian terlibat dalam video seks) terdahulu. Oleh yang demikian, saya tampil untuk memberi keterangan," katanya .

Pada laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Mac lalu, Anwar juga menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut. Mkini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular