Showing posts with label Tanah Runtuh. Show all posts
Showing posts with label Tanah Runtuh. Show all posts

Thursday, July 4, 2013

Tanah Runtuh : Pekerja Tertimbus Di Ukay Perdana


Kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak pembinaan di Ukay Perdana di sini pada pagi Rabu mengakibatkan tiga pekerja asing terbunuh dan seorang lagi cedera.

Monday, August 8, 2011

Tiga Terbunuh, Tiga Cedera Dan Tiga Hilang Dalam Tanah Runtuh


CAMERON HIGHLANDS, 8 Ogos (Bernama) -- Tiga wanita terbunuh manakala tiga lagi, dua lelaki dan seorang wanita, cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang di sini pada Ahad.

Wednesday, May 25, 2011

Tanah runtuh: Umno jangan berlagak hero


KUALA LUMPUR, 24 Mei: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.

Tuesday, May 24, 2011

TANAH RUNTUH ANAK YATIM:BERITA Yang Tak Akan Masuk TV Dan Media Massa Perdana

Isteri MB dan YB Dr Halimah serta muslimat PAS depan pusat Taqwa

Ukay Perdana Pula Di Ambang Bahaya


Ampang – Trauma kematian sebanyak 16 mangsa tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini pada Sabtu lalu masih terasa dan kini penduduk di kawasan Ukay Perdana di sini pula berada dalam bahaya.



Monday, May 23, 2011

Semua mangsa tanah runtuh dapat bantuan: Shahrizat

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Yayasan Kebajikan Negara akan memberi sumbangan RM1,500 kepada setiap mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat.

Tugas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat SIASAT je !!!!!


Bukan semua penghuni rumah anak yatim At-Taqwa adalah anak yatim

22/05/2011 5:38pm
PEKAN 22 Mei — Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bukan semua penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, lokasi kejadian tanah runtuh semalam yang meragut 16 nyawa, adalah anak yatim.

Sunday, May 22, 2011

Tanah runtuh: Pulau Pinang sumbang RM25,000


KUALA LUMPUR, 22 Mei: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mencadangkan pemberian sebanyak RM25,000 kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Setiausaha DAP turut mengucapkan takziah kepada semua 16 orang mangsa yang terkorban dan 9 orang lain yang cedera dalam mala petaka  tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

Bencana di Hulu Langat : Berdaftar atau tidak bukannya persoalan utama, yang penting hulurkan bantuan segera.


Kenyataan Rasmi

Pejabat Ketua Penerangan PAS PERAK

Pemimpin yang baik perlulah bersikap terbuka apabila terjadi sesuatu bencana seperti yang belaku kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di di Kampung Gahal, Hulu Langatt dan mereka perlu bijak bertindak dan segala langkah yang wajar, bukannya sekadar mencari salah mana-mana pihak dan menunjuk jaguh.

Tragedi Tanah Runtuh : MB Selangor Batal Hadiri Seminar Di Amerika



SHAH ALAM 22 Mei – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan menghadiri seminar kepimpinan di Institut Aspen Colorado Amerika Syarikat susulan  berlakunya kejadian tanah runtuh di Felcra Semungkis di Hulu Langat yang mengorbankan 16 kanak-kanak.
“Beliau dijangka tiba di KLIA petang esok dan akan terus ke lokasi kejadian untuk melawat mangsa yang selamat serta bertemu dengan ahli keluarga mangsa  yang terkorban,” katanya yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Kerajaan Selangor.

[Video] Tragedi Tanah Runtuh Laporan Al-Jazeera

Popout

Tanah Runtuh : Tak Daftar Tak Boleh Bantu ke???

Shahrizat: Rumah Al-Taqwa tak berdaftar
rosmah hilton hotel 221209 sharizat
Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Bernama memetik menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.



Tanah Runtuh di Hulu Langat: Insyaallah Mereka Syahid

Assalamualaikum dan salam kasih sayang untuk semua.

Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.

Al-Fatihah untuk semua anak-anak yatim yang telah terkorban dalam peristiwa tanah runtuh di Hulu Langat semalam. Takziah kepada keluarga semua yang terlibat dan juga pihak Rumah Anak Yatim Al-Taqwa yang telah mengalami kehilangan besar, nyawa dan harta-benda. Khabarnya beberapa orang yang dirawat kini dalam keadaan kritikal manakala masih ramai yang belum ditemui. Allahu Akbar.

Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa : Punca kejadian (+Video)

[HM] KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, semalam, berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, iaitu aliran puing (debris flow).

Senarai nama 25 mangsa tragedi tanah runtuh, RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa


Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat. 


Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.

Tanah runtuh: 16 terbunuh, Sembilan mangsa dipindahkan ke wad biasa

24 buried alive in landslide at orphanage
Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.



Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh : jumlah maut dalam kejadian itu sehingga pukul 10 malam ini ialah enam orang. (+Video)


Hulu Langat , 21 Mei – Seorang lagi mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat meninggal dunia di Hospital Ampang malam ini.

Penghuni lelaki itu adalah antara sembilan mangsa yang cedera yang dikeluarkan daripada runtuhan itu petang ini.

Kerajaan Selangor Beri Bantuan Segera Kepada Mangsa dan Keluarga Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat

Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat.

Lagi Foto-foto Tragedi Tanah Runtuh - 5 Maut Sehingga Jam 8 Mlm


Tragedi tanah runtuh: Lima maut sehingga jam 8 malam


KAJANG: Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini.

Al Fatihah. Tragedi tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang,

KUALA LUMPUR 21 Mei – Dua mayat kanak-kanak telah berjaya dibawa keluar dalam tragedi tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dekat sini hari ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular