Friday, October 12, 2012

Kalau tak nak tolong tak payah menghasut orang lain membenci pula.


Dulu cakap Kerajaan PAS Kelantan selama 2 dekad memerintah tak buat apa pun.

Bila kerajaan negeri buat sesuatu untuk memajukan negeri dihina pula. Kalau tak nak tolong tak payah menghasut orang lain membenci pula. 

Projek lebuhraya ini hanya inisiatif kerajaan negeri membinanya sendiri kerajaan tanggungjawab membina jalanraya adalah Kerajaan Pusat. Tetapi hak Kelantan dinafikan. 

Kalau projek ini lambat pun memang tak pelik sebab kerajaan negeri memang tiada kewangan yang besar seperti Kerajaan Pusat. Kerajaan negeri hanya boleh mengunakan sumber hasil bumi Kelantan untuk mencari dana membina lebuhraya ini. 

Derma adalah sampingan sahaja. Kerajaan negeri tidak pernah memaksa setiap rakyat Kelantan menderma pun. Siapa yang ikhlas derma silakan. Yang tak derma tak berdosa pun. Sekian. - KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular