Wednesday, October 10, 2012

Kenaikan harga barangan keperluan harian selepas Bajet13!



Kerajaan Persekutuan dibidas kerana gagal mengawal harga barangan harian rakyat walaupun Bajet 2013 “menjanjikan” pelbagai kemudahan yang bakal dinikmati oleh rakyat.
Ini dijelaskan oleh Abdul Razak Bin Ismail, Penyelaras Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Pasir Salak dalam sesi ceramah kelompok yang di adakan  di  Taman Maju Perak, Alor Bakong, Langkap pada malam Ahad yang lepas.
Tegasnya lagi sebaik sahaja PM Najib Tun Razak selesai membentang Bajet 2013 di Parlimen sebelah petang, harga gula naik sebanyak RM0.20 sen sebelah malamnya.
Katanya lagi minyak petrol RON 97 secara senyap-senyap naik RM0.30 sen sebulan yang lalu tanpa sebarang makluman oleh pihak Kerajaan.

Yang lebih memberatkan lagi poket rakyat ialah kenaikan harga susu tepong formula bayi sebanyak RM15 se kilogram sekadar alasan lemah yang di berikan oleh Menteri berkenaan , Datuk Ismail Sabri Yaakop bertujuan untuk mengalakkan bayi menyusu badan ibu.
Lebih mendukacitakan ialah kata beliau susu formula bayi bukan di bawah kawalan kementerian beliau.    
 
Tegas Razak lagi kenaikan harga petrol, gula dan susu tepung ini akan menyebabkan berlakunya ‘turutan rantaian’ (chain reaction) terhadap kenaikan barangan yang lain dan keadaan ini akan terus membebankan lagi rakyat jelata.
   
Ujar beliau rakyat sedang memerhatikan tindak tanduk Kerajaan menangani isu kenaikan harga barangan ini dan akan menterjemahkan dalam PRU 13  yang akan datang. 
Seorang lagi penceramah, Khalid Ismeth, seorang pemimpin mahasiswa melahirkan rasa kesal Kerajaan Persekutuan menolak idea pemansuhan PTPTN dan pemberian pendidikan percuma kepada mahasiswa di IPTA dengan pelbagai alasan. 
Ujarnya beliau meragui penjelasan kerajaan yang mengatakan negara akan bangkrap sekiranya melaksanakan program pendidikan percuma ini .

Beliau juga kesal dengan tindakan polis mengasari orang awam semasa demonstrasi Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular