Friday, October 12, 2012

Kantoi!!! Apesal x sama macam yg Menteri UMNO-BN dan Media Lidah Biawak laporkan? Hahahahhahaaaaa..


Pengarah Kumpulan Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB), Kairani Mohamed hari ini mengakui bahawa perkhidmatan LRT mencatatkan bilangan penumpang yang lebih tinggi semasa perhimpunan Bersih pada 28 April lalu, akan tetapi dia kemudiannya terpaksa menutup beberapa stesen apabila polis mula menembak gas pemedih mata pada penunjuk perasaan.
Ketika memberi keterangan kepada inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini, Kairani memberitahu panel bahawa perkhidmatan LRT RapidKL, membuat keuntungan dengan bilangan penumpang mencatatkan peningkatan dalam jumlah penumpang sebanyak 80 peratus pada laluan Ampang dan 35 peratus di Kelana Jaya. Beliau juga memberitahu panel bahawa ramai 50,000 orang berhimpun secara aman, mewujudkan seperti suasana “karnival” sehingga 3 petang.

Walau bagaimanapun, Kairani memberitahu panel bahawa dia telah memerintahkan penutupan stesen sejurus selepas jam 3 petang apabila kanister gas pemedih mata mendarat di hadapan stesen tersebut di Jalan Tun Perak. Beliau mengarahkan stesen dibuka semula pada pukul 5 petang, tapi polis menjerit kepadanya untuk menutup semula stesen tersebut. Stesen hanya dibuka semula selepas pukul 7 petang. Apabila ditanya oleh pemerhati Bersih Daniel Albert tentang pangkat polis yang mengarah penutupan, Kairani berkata beliau tidak tahu.

Kenyataan Pengarah Kumpulan Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB), Kairani Mohamed berkata “Ramai memutuskan untuk mengambil keretapi, saya memberi salam kepada mereka. Mereka datang dengan anak-anak, pasangan, sesetengah orang tua juga. Ia adalah menyeronokkan,”. 

Apesal x sama macam yg Menteri UMNO-BN dan Media Lidah Biawak laporkan? Hahahahhahaaaaa.. Kan dah kantoi!!! - Orenji Ren Oren

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular