Wednesday, October 10, 2012

Gempaq bro!!! Pegawai Penyiasat ROS hantar NOTIS nak jumpa dgn MAYAT

Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengeluarkan notis mengarahkan beberapa anggota kanan NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), termasuk kepada seorang yang meninggal dunia dua tahun lalu, untuk memberi kenyataan pada hari Jumaat.

NONE 
Notis yang bertarikh semalam itu, mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah (CPC), telah dihantar ke pejabat peguam Suara Inisiatif Sdn Bhd, dan menamakan pengasas Suaram, Fan Yew Teng, serta pengasas bersama Mohd Nasir Hashim dan Pengarah Eksekutif Nalini Elumalai.

Fan meninggal dunia pada tahun 2010.

Nalini berkata menurut notis tersebut, ketiga-tiga mereka diminta hadir menemui pegawai penyiasat ROS, Ab Rahim Mohammad pada 12 Oktober untuk merekodkan kenyataan mereka di bawah Seksyen 112 CPC. Mk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular