Wednesday, October 10, 2012

Salahuddin Nafi Putus silaturahim

Salahuddin nafi laporan Malaysiakini tapi tetap tekan Majlis Syura? 
(Salahudin Ayub...berdosa putuskan hubungan silaturahim)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menafikan laporan bahawa beliau dan AJK PAS Pusat, Khalid Samad memutuskan hubungan dengan Ustaz Nasharudin Mat Isa.

"Satu dosa yang besar memutuskan hubungan silaturahim dan kami tidak bercadang untuk berbuat demikian," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang melaporkan kedua-duanya mengumumkan tidak ada hubungan lagi dengan Nasharudin.

Malaysiakini dalam laporannya menyebut, Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan memutuskan hubungan dengan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa

Bagaimana Salahudin mengesahkan beliau berkata, tindakan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan dan boleh jadi beliau mengikut arahan "orang di luar PAS".

Menurut Salahudin, oleh kerana Nasharudin adalah ahli Majlis Syura maka terserahlah kepada majlis tertinggi dalam PAS itu untuk membuat keputusan.

Malaysiakini melaporkan, Khalid Samad berkata Nasharudin dipengaruhi oleh orang luar PAS ketika membuat kenyataan.

"Pada saya, tindakannya dirancang oleh orang di luar, seperti Umno, untuk mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat dan PAS.

"Kenyataan Nasharuddin adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan (majlis syura)," katanya. - Harakah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular