Saturday, October 13, 2012

KANTOI!! MAKLUMAT JPJ (Automated Enforcement System (AES). TIDAK TEPAT-BERCANGGAH.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani mempersoalkan percanggahan jawapan yang dinyatakan oleh Kementerian Pengangkutan melalui jawapan bertulis kepada beliau sebelum ini dengan apa yang dikeluarkan oleh Pengarah JPJ mengenai imej dirakam Automated Enforcement System (AES).

“Kementerian menyatakan jumlah imej dirakam sebanyak 3,344 bagi tempoh dua hari pelaksanaan mulai 23 hingga 24 September.

“Namun kenyataan dari Pengarah JPJ hanya memberitahu hanya 2,952 imej sahaja bagi tempoh yang sama, kenapa ini berlaku dan adakah tiada maklumat yang tepat diberikan sehingga berlaku percanggahan maklumat,” katanya ketika membahaskan Bajet 2013 di Parlimen, semalam.

Beliau yang juga meminta agar kerajaan menyatakan secara terperinci peratusan ketepatan imej yang dirakam untuk setiap kesalahan yang dilakukan oleh pemandu.
Selain lokasi had laju 60 hingga 110 kilometer sejam menjadi pilihan pemasangan AES, lokasi 30 kilometer sejam juga turut dipasang AES antaranya di Kampung Pulau Gajah, Kota Bharu dan KM 27 Jalan Langkap ke Kampar, Hilir Perak

SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular