Wednesday, February 8, 2012

Skandal JFK, gadis pelatih

Skandal JFK, gadis pelatihNEW YORK- John F Kennedy menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pelatih Rumah Putih berusia belasan tahun selama 18 bulan.

Pendedahan itu terkandung dalam buku baru yang ditulis oleh wanita berkenaan yang mendakwa menjadi kekasih mendiang Presiden Amerika Syarikat itu.

Petikan daripada buku itu, ‘Once Upon a Secret: My Affair with President John F Kennedy and Its Aftermath,’ disiarkan oleh akhbar New York Post semalam yang berkata, ia membeli buku berkenaan di sebuah kedai buku tempatan, meskipun ia hanya dijadual untuk dipasarkan hari ini.

Pengarang, Mimi Alford, kini berusia 69 tahun, menceritakan bagaimana Kennedy menangis selepas kematian anak lelakinya yang baru lahir.

Ia juga menceritakan semula bagaimana Kennedy, yang ketika itu berdengan dengan krisis peluru berpandu Cuba memberitahunya: “Saya lebih rela anak saya menjadi komunis daripada mati.’

Mimi menceritakan secara terperinci mengenai hubungannya dengan Kennedy yang bermula pada musim panas 1962 ketika dia baru berusia 19 tahun, 26 tahun muda daripada presiden itu yang mati dibunuh pada tahun berikutnya.

Dalam petikan yang disiarkan oleh akhbar terbabit, Mimi mendedahkan dia menemui Kennedy hanya empat hari selepas mula menjalani latihan dan presiden itu mempelawanya melawat kediamannya di Rumah Putih, termasuk kamar tidur Jackie Kennedy.

Kini, 50 tahun selepas itu, Mimi, pesara pentadbir Gereja New York City menulis, dia hilang daranya di kamar berkenaan.

“Saya terkejut. Tetapi bagi dia, kejadian itu seolah-olah perkara paling biasa di dunia,” katanya.

Hubungan itu terus terjalin selama setahun setengah berikutnya malah Mimi turut menyertai Kennedy dalam beberapa lawatan sehingga ia berakhir dengan pembunuhan presiden itu.

“Meskipun kami tidak pernah bercium dan terdapat satu tabir antara kami, tetapi hubungan seks yang dilakukan adalah pelbagai dan menyeronokkan,” kata Mimi.

Wanita itu juga berkata, sepanjang menjalinkan skandal itu, Kennedy mengajarnya membuat telur hancur dan bagaimana untuk menghargai muzik Frank Sinatra dan Tony Bennett.

Walaupun mempunyai hubungan rapat dengan Kennedy, Mimi berkata, dia masih memanggilnya Tuan Presiden dan mengaku tidak pernah menolak godaannya.

- AP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular