Tuesday, February 7, 2012

Hasan Ali: Keluar saja PAS, terus menipu, Bahkan lebih Umno daripada Umno!

Entah apakah yang ada dalam pemikiran bekas ahli PAS yang dipecat Datuk Dr. Hasan Ali, ketika berucap sambil menipu di hadapan para bloger Umno di Dewan Tun Razak, Temerloh, semalam.

Bekas Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor itu berkata, cita-cita Pakatan Rakyat (PR) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik dan menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Bila pula PR mahu jadikan Malaysia ini republik?

Beliau menambah, niat mereka (PR) untuk mengubah perlembagaan negara tidak semudah disangka kerana mereka terlebih dahulu perlu mendapat persetujuan Raja-raja Melayu untuk menghapuskan kuasa Raja dan keistimewaan Orang Melayu.

“Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu jelas termaktub hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Raja-raja tidak boleh diusik.

"Perkara tersebut merupakan kuasa mutlak hak Raja-raja dan orang Melayu yang tidak boleh dipertikai sama sekali," katanya.

Menurutnya, impian PR itu adalah untuk menjadikan negara ini sebuah republik oleh kerana tidak ingin melihat orang Melayu berkuasa dan dilindungi Raja-raja Melayu.

Demikian kenyataannya dipetik daripada akhbar Sinar Harian.

Mengigaukah agaknya bekas pakar motivasi itu?

Sedangkan dalam Konvensyen PR, PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu. Inilah persepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, PKR dan DAP pada 19/12/2009. 

Diulang sekali lagi, memperjuangkan bahasa Melayu, agama Islam dan mempertahankan raja-raja Melayu disepakati bersama oleh parti-parti PR disepakati secara bertulis! Baca ( SINI )

Kalau tak silap, Hasan juga hadir pada majlis tersebut!

Kenapa Hasan sanggup menipu demi untuk dapat simpati setelah ditendang daripada PAS atas keceluparan dan main kotornya? Kenapalah sanggup merendahkan diri sendiri demi untuk mendapat ihsan Umno?

Di dewan berkenaan berlangsung program himpunan bloger-bloger Umno seluruh Pahang dengan dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. Di kesempatan itulah juga Umno memanggil Hasan untuk berceramah dengan tajuk ‘Bicara Ummah’.

Jika dulu untuk berceramah di Pahang Hasan mungkin berhadapan dengan kepungan FRU atau dapat ceramahpun, dalam markas-markas sahaja.

Semalam, Hasan ditatang sebagai ‘wira Umno’. Dan nada ceramahnya sudah bertukar menjadi Umno tulen. Bahkan, lebih Umno daripada Umno!

Lalu dengan bangganya Hasan menempelak pucuk pimpinan PAS atas alasan lebih mengejar singgahsana Putrajaya sehingga sanggup mengetepikan dasar perjuangan Islam.

Perjuangan Islam yang mana telah ditinggalkan PAS?

Tipunya, PAS yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya penubuhan sejak 50 tahun lalu, kini lebih berminat untuk menduduki menguasai kerajaan daripada berjuang menegakkan hukum Islam.

Mengapalah punya munafiknya sikap Dr Hasan, beliau menang di Dun Gombak Setia itu atas tiket apa? Siapa pengundinya?

Hasan juga berkata akan menubuhkan Jati untuk memperjuangkan Islam. Eloklah, penipu jadi pejuang Islam. Boleh buat ceramah motivasi banyak-banyak, boleh dapat duit!

Pepatah Melayu ada mengatakan, “Siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri (berhutang)”.


"JATI : JUAL AGAMA TIPU ISLAM"


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular