Saturday, February 11, 2012

Panas!! PM Beri Amaran Pada Shahrizat

Image
Perdana Menteri Malaysia telah memberi kata-kata amaran kepada Shahrizat, dipetik sebagai “jangan paksa saya untuk memecat kamu ( Shahrizat) berikutan kedudukan beliau sebagai Menteri Kabinet. Untuk tujuan Ketua Wanita, Shahrizat dijangka berhadapan dengan Mesyuarat Luar Biasa untuk mendapat pandangan ahli dan semestinyalah mesyuarat ini juga untuk memaksa Shahrizat melepaskan jawatan Ketua Wanita.

Dimaklumkan perkembangan mutakhir ini adalah kenyataan Izmir Salleh anak kepada Shahrizat yang mengatakan tidak ada dalam klausa perjanjian yang mensyaratkan had pelaburan dan bentuk pelaburan yang dibenarkan.

Adakah ini semua benar atau spekulasi yang terus menerus untuk memaksa Shahrizat untuk melepaskan semua jawatan dalam UMNO untuk kepentingan lain? - UMNO Reform

NFC: Shahrizat akan dipaksa letak jawatan

Kepimpinan tertinggi Umno dipercayai sedang berusaha memaksa Ketua Wanitanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk meletak jawatan berikutan skandal RM250 juta Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan paksaan itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Sumber dalaman Umno yang memberitahu laman FMT, kepimpinan tertinggi parti itu termasuk Presiden dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasakan isu skandal tersebut makin buruk jika Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu enggan melepas jawatan dan bakal mengheret pemimpin lain jatuh menjelang persiapan pilihan raya.

Isu paksa letak jawatan itu kemungkinan akan dibangkitkan pada mesyuarat majlis tertinggi akan datang di mana sesetengah ahli menyuarakan hasrat tidak puas hati mereka dengan Ketua Wanita itu dan meminta beliau untuk berundur.

"Shahrizat akan dipaksa untuk meletakkan jawatan. Mereka akan membuat dia berbuat demikian dan beliau tidak mempunyai pilihan lain," tambah sumber dalaman Umno.

Mereka yang mungkin terpalit ekoran skandal projek tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan menteri pertanian semasa itu dan anggota majlis tertinggi Noh Omar selaku menteri pertanian kini.

Sebelum ini beberapa pihak telah menuntut sebuah suruhanjaya diraja siasatan untuk menyiasat sama ada Muhyiddin, yang merupakan menteri pertanian pada masa projek itu ditubuhkan, telah memainkan peranan dalam meluluskan pinjaman mudah kerajaan RM250.

"Jika Shahrizat tidak berhenti, Muhyiddin dan Noh akan turut diheret dan mereka tidak mungkin akan biarkan ini berlaku. Bukan sahaja mereka akan terjejas, Umno secara umum akan rosak, "kata seorang lagi pegawai parti.

Shahrizat telah berkali-kali dikaitkan dengan NFCorp kerana peranan suaminya sebagai pengerusi syarikat dan anak-anak mereka selaku pengarah.

Skandal NFC mula didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara yang menanggap skim projek penjanaan lembu bernilai RM250 juta wang rakyat itu dilabelkan sebagai "kucar-kacir".

Pembongkaran seterusnya dibongkar oleh pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, telah mendakwa bahawa RM27 juta telah digunakan untuk pembelian tanah dan harta serta perbelanjaan yang tidak berkaitan kepada lembu pertanian oleh Shahrizat dan keluarganya.

Mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang dianggap masih berpengaruh dan bekas Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz, secara terang meminta Shahrizat meletak jawatan.

Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dan Timbalan Presiden Gerakan Chang Ko Youn yang paling baru turut membayangkan agar Shahrizat patut meletakkan jawatan beliau.

Selain itu Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Raden dan Ketua Bahagian Umno Cheras Syed Ali sejak awal-awal lagi mahukan Shahrizat berundur.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular