Thursday, December 8, 2011

SELEPAS pembohongan mengenai kualiti air, kini jumlah masjid pula isu

Jumlah Masjid Bukan Ukuran Kejayan Islam
SELEPAS pembohongan mengenai kualiti air di Kelantan yang diberi liputan besar-besaran oleh akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia, kini jumlah masjid yang dibina kerajaan PAS Kelantan pula yang menjadi sasaran akhbar tersebut.

Sengaja memillih tajuk muka depan, “Pengakuan Kerajaan PAS Selepas 20 Tahun Memerintah Kelantan, Hanya Satu Masjid”, Utusan cuba menggambarkan seolah PAS hanya pandai bercakap tentang Islam tapi tidak mampu membina jumlah masjid yang banyak sepanjang 21 tahun memerintah Kelantan.

Sebuah masjid yang dibina adalah Masjid Jubli Emas atau Masjid China di Rantau Panjang (gambar).

Penulis nak sebut ini kepada pengurusan Utusan dan UMNO bahawa taktik sebegini tidak akan sesekali menjadikan mereka sebagai pemerintah baru di Kelantan. Memang diakui kerajaan PAS Kelantan tidak membina masjid yang banyak sepanjang memerintah negeri tapi PAS berjaya mengimarahkan masjid dan memenuhkan dengan jemaah hampir pada setiap waktu – bukan waktu sembahyang Jumaat sahaja.

Itu sebenarnya adalah jauh lebih baik daripada membina masjid yang banyak cantik-cantik tetapi tidak mampu menarik jemaah untuk memenuhkan setiap ruang dalam masjid. Menurut sumber penulis dari kepimpinan PAS Negeri, jumlah masjid sedia ada sudah mencukupi untuk menampung jumlah jemaah yang ada di negeri tersebut.

Seperti yang diketahui umum, rakyat Kelantan terutama golongan muda mempunyai tradisi merantau sejak zaman berzaman, itu menjadikan masjid sedia ada mampu menampung jemaah dan tidak ada keperluan untuk ditambah melainkan ada keperluan yang mendesak barulah akan diberi pertimbangan oleh kerajaan negeri.

Memang setiap kali hari raya, hari dimana anak-anak Kelantan yang merantau pulang ke kampung masing-masing, masjid-masjid di seluruh Kelantan akan penuh sehingga melimpah ke luar, tapi keadaan itu hanya berlaku sekali sekala dalam setahun. Dari segi ekonominya, adalah tidak berbaloi untuk membelanjakan wang rakyat untuk menampung keperluan ‘sekali dua’ ini.

Lebih baik wang yang ada digunakan untuk membaiki masjid-masjid sedia ada yang telah didirkan sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang lepas. Itu adalah lebih jauh menjimatkan, tambahan lagi semua masjid-masjid tersebut masih lagi dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk satu tempoh yang panjang.

Kelantan juga masih lagi mempunyai sistem sekolah pondok yang mempunyai bangunan dalam kawasan sekolah yang dijadikan madrasah untuk para pelajar bersembahyang dan sebagainya. Kewujudan madrasah-madrasah ini membolehkan para pelajar beribadat di dalam kawasan sekolah tanpa perlu pergi ke masjid yang berhampiran.

Semua ini adalah justifikasi kenapa kerajaan PAS Kelantan tidak membina masjid (melainkan satu) sepanjang 21 tahun memerintah negeri ini. Ia tidak langsung kena mengena dengan soal Islamik atau tidak Islamik kerana yang penting bukan jumlah tapi pengisian, kualiti bukan kuantiti. - Suara Pakatan Rakyat

Hujah UTUSAN & UMNO yang PAS hanya mendirikan 1 masjid saja adalah satu hujah sentimen yang bertujuan menyemai pembodohan di kalangan melayu, ia sangat berkesan terhadap "spesis melayu hutan" (Quote dari Aduka Taruna), spesis melayu hutan akan terima bulat-bulat hujah sampah ini sebagai dalil dan nas yang pas tak bersungguh-sungguh mahukan islam, sekadar auta manifesto pilihanraya.

Semua tahu siapa yang berkuasa memegang kerajaan pusat dialah yang memegang sumber wang, hampir 90% sumber negara masuk ke kerajaan pusat (rujuk perlembagaan negara), wajarlah mereka membina masjid bagi kemashalatan rakyat malaysia kerana mereka memegang sumber wang dan itu tanggungjawab mereka, lebih dari itu bukan dilihat agama itu pada bilangan masjidnya tetapi pada jiwa yang mengimarahkannya, kalau kerajaan pusat membina masjid, kerajaan negeri kelantanlah yang menggerakkan jiwa rakyat memenuhkan setiap ceruk masjid, cuba lihat masjid di negeri lain ? , kosong, lompong, mati. Saya sarankan agar melayu semua menolak hujah pembodohan ini bagi menunjukkan anda bangsa bertamadun - IAR

“ Sesungguhnya masjid yang didirikan di atas dasar taqwa ,sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya,di dalam masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.” (At-Taubah : 108)

Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belahkan antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu.Sesungguhnya mereka bersumpah: “Kami tidak menghendaki selain kebaikan.” dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya)(At-Taubah : 107)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular