Tuesday, December 6, 2011

Hishamuddin PONDAN????

Siapa sebenarnya pondan?: Tak mampu bersemuka dengan lembu Sharizat
Dalam kenyataan balas Hishamuddin Hussein, menteri dalam negeri yang juga merupakan naib presiden UMNO berkaitan dengan penglibatan Sharizat dalam skandal NFC serta permintaan oleh sesetengah pihak didalam UMNO yang mahukan perletakan jawatannya, dia memberitahu bahawa rakyatlah yang sepatutya menentukan sama ada Sharizat merupakan liability kepada UMNO atau tidak. kenyataan jenis apakah ini? Isu ini telah ditimbulkan oleh seorang menteri senior UMNO, jadi tidakkah logic untuk UMNO menyelesaikannya?

Sememangnya UMNO lah yang patut menentukan sama ada Sharizat sudah menjadi liabiliti kepada parti atau sebaliknya. Tidakkah Hishamuddin tahu sememangnya rakyat sudah pun membuat pendirian bahawa Sharizat patut letak jawatan sama ada terlibat atau tidak. saya rasa bahawa Hishamuddin sememangnya hendak lari dari tanggungjawab dan sering takut akan jatuh sahamnya jika mengakui bahawa UMNO lah yang sepatutnya memutuskan sama ada Sharizat adalah liabiliti atau tidak kepada parti.

Adakah anda nampak kebijaksanaan dalam kenyataan Hishamuddin atau adakah dia telah hilang kepercayaan dalam partinya sendiri untuk membuat keputusan yang betul dan sekarang hanya mahu rakyat membuat keputusan untuk parti. Saya rasa bahawa Hishamuddin sedang berada dalam kekeliruan kerana tidak berupaya menentukan apa itu tanggungjawab parti dan rakyat. Sememangnya perkataan rakyat itu tidak sinonim dengan UMNO.

Sekarang UMNO telah menuduh pembangkang sebagai pondan. Tapi, Hishamuddin sendirilah yang merupakan pondan kerana tidak berani untuk membuat keputusan dalam skandal NFC dan Sharizat dengan menyatakan bahawa isu ini memalukan parti. Seperti yang telah saya nyatakan dalam penulisan saya yang lalu, tepukan dan sorakan Wanita UMNO pada masa ucapan Sharizat tidak menandakan semua mereka bersetuju.

Untuk membuktikan ini, saya mencabar Hishamuddin untuk mencalonkan Sharizat bertanding di kawasan Lembah Pantai menentang Nurul Izzah dari PKR. Jika Sharizat tidak yakin, hantarlah dia balik ke kawasan asalnya Pulau Pinang. Sekiranya dia masih tidak yakin disitu, hantarlah dia ke kawasan lain pula seperti Putrajaya.

Beginilah sepatutnya kepimpinan

Sekarang, biar saya memberi penyelesaian kepada situasi ini, jika saya adalah Hishamuddin ataupun Perdana menteri Najib.

Jika saya adalah Hishamuddin, saya akan memberitahu Sharizat bahawa skandal NFC adalah masalah peribadinya (walaupun dia menolak penglibatannya dalam NFC) dan keluarga. Jika ini berlaku, Sharizat tidak akan melibatkan UMNO sekali walaupun dia adalah menteri UMNO.

Jadi, Sharizat sepatutnya dihalang daripada menyentuh tentang isu itu pada ucapannya kepada UMNO. Dengan mengheret UMNO dalam kemelut itu, Sharizat telah membebankan parti nya sendiri, Dalam erti kata lain, beban telah dipikul oleh Najib, pemimpin parti untuk bertindak balas terhadap kesalahan menterinya sementara Sharizat menantikan kesudahannya.

Kedua, jika saya adalah PM, saya akan meminta Sharizat untuk meninggalkan Perhimpunan agung dan menyelesaikan masalah bersama ahli keluarganya. Saya akan meminta dirinya untuk tidak melibatkan UMNO walaupun kerajaan UMNO lah yang meluluskan pinjaman itu. Beban hanyalah terletak pada Sharizat dan keluarganya.

Saya juga akan bersemuka dengan Sharizat dan meminta dia untuk meletak jawatan, dengan alasan bahawa tempoh senatornya sudah tamat. Dengan itu, saya sudah pasti telah menyelamatkan UMNO dari malu kerana terpaksa menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh menteri UMNO, sekaligus memberi ruang dan waktu untuk Sahrizat menyelesaikan masalah.

Kerana ianya adalah projek dijana oleh wang rakyat, saya akan memerintahkan SPRM dan polis untuk bertindak pantas, menyekat sesiapa sahaja dari membuat kenyataan sehinggalah siasatan selesai. Setelah selesainya semua itu, saya akan menjelaskan kepada rakyat (bukan kepada UMNIO) pendirian kerajaan terhadap penemuan dan apakah tindakan selanjutnya.

Sudah terlambat

Saya sudah pasti bahawa kepimpinan UMNO sudahpun dikejutkan dengan skandal NFC, dan lebih teruk lagi, pilihanraya yang semakin hampir. Sekarang sememangnya sudah terlambat untuk UMNO untuk menarik balik sokongannya terhadap Sharizat dan menidakkan apa-apa dakwaan bahwa UMNO tidak terlibat kerana isu ini telah menusuk ke jantung parti. Saya menyalahkan keseluruhan pemimpin UMNO kerana tidak memikirkan isu ini dengan lebih mendalam dan mengakui bahwa isu ini sememangnya parah.

Mohd Arshad Raji merupakan persara tentera yang percaya bahawa keadilan untuk semua dan bencikan penipuan dan mereka yang suka mencari kesempatan melalui wang dan kuasa. -  Written by Mohd Arshad Raji

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular