Monday, December 5, 2011

Pas bukan alat DAP

December 5, 2011 SHAH ALAM- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Pas bukan alat kepada DAP sebaliknya, Umno kini dilihat telah dijadikan alat oleh MCA.

"Dia berkawan dengan MCA tak apa pula. Tapi saya nak kata yang kita tak jadi alat kepada DAP. Tapi Umno yang dah jadi alat MCA. Sebab apa? Sebab Umno tolak Islam kerana disuruh MCA. Umno itu Islam tetapi menolak Islam kerana MCA yang suruh. Sekarang siapa yang jadi alat? siapa yang jadi lembu?" katanya sambil disambut sorakan hadirin semasa berucap pada majlis Rapat Rakyat anjuran Pakatan Rakyat semalam.

Selain itu, Nik Aziz berkata, Umno juga telah membelakangkan Islam dan berpegang pada dasar kebangsaan dalam perjuangannya.

"Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu.

"Dalam Umno, mereka singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak dan timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek," katanya.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, manusia tanpa mengira agama dan bangsa perlu bertakwa kepada Allah dan itu merupakan brek kepada setiap perbuatan.

"Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain. Saya manusia. Kalau boleh mencuri, saya nak mencuri. Kalau orang beri rasuah...saya nak. Kalau diberi perempuan Kelantan cantik-cantik pun saya nak. Tapi saya tak buat kerana saya ada brek... brek itu ialah takwa.

"Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada. Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah," jelasnya. - Sinar Harian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular