Saturday, December 10, 2011

Mendidik atau "AH LONG" ???

Saman RM850
JOHOR BAHRU: Seorang peniaga mendakwa teraniaya apabila dikenakan satu saman letak kereta berjumlah RM850 bagi kesalahan yang dilakukan di laluan di pusat bandar raya ini pada 16 Mei lalu.

Norzaman Ali Affandi, 56, berkata dia menyedari perkara itu apabila menerima notis pemberitahuan daripada syarikat pelaksana perkhidmatan e-Kerajaan MyEG pada awal September lalu sebelum merujuknya di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

Menurut Norzaman, menerusi rekod yang diperoleh daripada pihak berkuasa, dia difahamkan saman itu dikenakan bagi kesalahan meletak kenderaan di Jalan Dhoby sedangkan gambar yang dirakam kereta peronda (MPV) menunjukkan ia di Jalan Pahang.

Katanya, mengikut rekod saman itu, kenderaan milik isteri yang digunakannya itu dikenakan tiga saman kerana diletakkan di tepi laluan terbabit.

“Ia membabitkan kesalahan tidak mengikut peraturan jalan raya, meletakkan kenderaan pada jarak kira-kira sembilan meter dari simpang dan menghalang lalu-lintas,” katanya.

Menurut Norzaman, hingga kini dia juga tidak menerima sebarang saman secara rasmi.

Katanya, tiga saman yang dikenakan itu pada asalnya berjumlah RM400 dan denda tambahan dikenakan berikutan kegagalan membayar saman dalam tempoh dua minggu hingga ia mencecah RM850.

Katanya, dia masih keliru kerana anggota polis yang mengeluarkan saman gagal meletakkan notis saman di depan kereta mahu pun memaklumkannya secara rasmi menerusi surat-menyurat.

“Saya akur dengan kesilapan itu namun berasakan denda sebanyak RM850 adalah terlalu tinggi bagi kesalahan letak kereta.

“Saya membuat rayuan kepada cawangan trafik tetapi tiada tindakan diambil hingga mengakibatkan saya tertekan.

“Saya berharap rayuan dikemukakan ini diambil perhatian oleh pihak atasan,” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, saman berkenaan dikeluarkan berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya bertujuan untuk mendidik mereka. HM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular