Monday, March 4, 2013

Najib Ada Menjanjikan Sesuatu Untuk Sulu?


Ada pihak-pihak tertentu tidak menerima tragedi pencerobohan rakyat Filipina yang mendakwa dari kesultanan Sulu di beberapa daerah pinggiran di Sabah - Lahad Datu, Semporna, Kunat dan sebagainya bukan seadanya. Ia tidak dianggap sebagai takdir bencana dan mala petaka kepada negara yang harus dipikul bersama seperti sewajarnya sebagai sebuah warga negara yang setia dan bertanggungjawab.
Petikan portal mb.com.ph yang ada disebut nama Najib.

Ada kecenderongan untuk mengaitkan pencerobohan itu dengan mana-mana pihak didalam negara sendiri. Dalam hal ini individu atau puak politiklah yang cuba disangkutkan atau dinajiskan dengan kejadian menyayat hati itu. Perseteruan politik di antara UBN dengan Pakatan Rakat (PR) tidak terkecuali membawa isu ini sebagai modal menyalahkan di antara satu sama lain.

Ia tidak ketara dimainkan oleh pemuka-pemuka utamanya  seperti Mohd Najib Razak yang memimpin BN dan Anwar Ibrahim yang memimpin Pakatan Rakyat, tetapi pihak lain termasuk organ media cuba saling memburukkan dengan mempersoal kemudian mendakwa mereka berdua terlibat dalam tragedi itu. Manakala pemuka politik Cina dan India menikus seolah sedang berangan-angan untuk mendapatkan pisang lemak manis tersangkut di atas syiling.

Dalam hal ini orang yang paling kuat dipalu ialah Anwar Ibrahim. Akhbar Utusan Malaysiasendiri tidak pernah merasa bersalah atas pembohongan dan pemanipulasi berita mengenai Anwar  yang dilakukan selama ini. Akhbar itu semacam sasan (epilepsy) terus mengheret tragedi yang sudah meragut lebih 20 nyawa itu ke atas belakang Anwar. Cara Utusanmelayan Anwar bukan atas sifatnya sebagai media yang perlu profesional tetapi atas dendam kesumat berhati hitam legam.

Saman demi saman demi saman demi saman yang dikemukakan ke atas akhbar berkenaan yang berakhir dengan kekalahan dan kena bayar tidak memberi keinsafan kepada akhbar berkenaan. Seolah-olah keputusan yang memburukkan imej dan wibawanya tidak sedikit pun dikesali bahkan mereka terus mengobarkan hasad dengki dan fitnah untuk Anwar dan juga pimpinan parti PR lain. Utusan adalah sebuah media yang berhati kering.

Dalam laporan semalam syarikat akhbar itu mengheret langsung peristiwa pencerobohan itu dengan Anwar Ibrahim. Walaupun ia tidak disebut direct untuk mengelak implikasi undang-undang tetapi cara laporan itu dibuat jelas ia mensasarkan kepada bakal PM itu.

Hanya dengan memetik laporan dari sebuah portal (Inquier) akhbar berkenaan menubuh Anwar mengundang penceroboh itu dengan memberi tawaran menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh bangsa Sulu ke atas Sabah khususnya dalam soal tuntutan tanah yang mereka yakin sebahagiannya hak mereka.

Bagi akhabr berkenaan sumber itu membenar dan menghalalkan ia untuk melakukan tuduahn dan dakwaan ke atas Anwar. Meletakkan Anwar bertanggungjawab atas kejadian malang di Sabah itu. Sebenarnya sumber-sumber digunapakai Utusan dalam memburukkan Anwar dan pemimpin pembangkang lain sangat rapuh dan kurang asas. 

Di samping sumber dari Inquirer itu media berkenaan juga memetik laporan perisik pihak tentera negara ini mengenai perjumpaan Anwar dengan pemimpin pemberontakan bersenjata Mindano, Nur Misuari beberapa bulan sebelum berlaku pencerobohan. Dikatakan perjuampaan itu sebagai janji Anwar untuk rakyat Filipina ke atas Sabah. Petikan "persisi?" itu adalah untuk mengukuhkan pembohongan kering mereka?

Tidak sukar untuk memahamai kenapa media berkenaan menyiarkan berita yang tidak disahkan atau dalam erti lain berita yang separuh masak. Tujuannya ialah untuk mempamirkan kepada rakyat Malaysia betapa jahat dan terdesaknya Anwar untuk menang sehingga menggunakan pengaruh atau kuasa luar.

Sebenarnya apa yang dilaporkan media itu meragukan sekali dan ia berbentuk berita andaian bukan saja bersifat fitnah yang akan mendepositkan dosa kering ke akaun peribadi pelapornya, tetapi ia juga memberi masalah kepada pihak lain.

Misalnya mengenai kononnya ada laporan dari risik tentera itu, ia menyebabkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memberi penjelasan atas andaian itu. Menjadi tanggungjawab ATM membersihkan namanya yang dipalit oleh Utusan. Kalau apa disebut itu tidak betul ATM akan tercemar dan sejarah akan menuduh ia menjadi alat kepada sebuah media yang tidak bermaruah.

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi harus segera membuat kenyataan menjelaskan pengkaitan nama ATM itu, sama ada ia benar atau satu pemalsuan oleh Utusan demi menjaga pemberi makan kepada editornya serta anak bini mereka. Sekiranya Zahid menjadi syaitan bisu di dalam hal ini dia juga tertimpa najis busuk ciptaan akhbar berkenaan.

Bagi mereka yang waras sukar untuk mempercayai laporan akhabr berkenaan. Fitnah ataupun pemutar berita mengenai pembangkang yang dilakukan selama ini telah menghilangkan keyakinan umum. Tetapi mereka yang menjadikan ia sebagai 'kopi' pagi dan hadith sandaran berita politik sangat mempercayainya. Ketaksuban mereka kepada Utusanmenyebabkan terpancar mashead Utusan di dahi.

Kita haus behati-hati dengan sumber luar berhubung apa saja isu mengenai negara kita apa lagi mengenai soal-soal keselamatan yang tidak boleh dimain-mainkan. Begitu juga isu-isu membabitkan reputasi dan maruah seseorang harus diselidiki sebaik mungkin. Kita harus meletakkan kebimbangan ianya sengaja dibuat bagi mengeruhkan keadaan sesama kita di dalam negara kita. Kalau akhbar dalam negeri sendiri seperti media massa PB tidak boleh dipercayai dan diragui apa lagi media asing yang mungkin ada seribu niat jahat berbanding dengan media dalam negeri?

Kalaulah kita mempercayai laporan Inquier yang dijadikan sanad dan perwari oleh Utusanitu yang meletakkan Anwar terbabit dengan pencerobohan di Lahad Datu, apa pula halnya dengan laporan disiarkan dalam sebuah portal berita mb.com.ph (Manila Bulletin Coprotion)yang di dalam termuat satu laproan dibawah tajuk;  Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia, melapokran ketua pemberontakan di Mindano, Nur Misuari menyebut beliau ada dengar kedatangan penceroboh di Sabah adalah ekoran jaminan dan janji Perdana Menteri Mohd Najib Razak?

Cuba baca apa dimuat dalam laporan itu yang diterjemahkan secara bebas ini; "Ketika ia berada di Jolo, Sulu, selama seminggu, Misuari mengatakan bahwa apa yang ia dengar adalah bahwa kelompok dari Rajah Mahkota Pangeran Muda Agbimuddin Kiram, adik dari Kiram, menyeberangi laut ke pulau karena mereka diduga dijanjikan akan diselesaikan (isu atau masalah) di Sabah oleh Perdana Menteri Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak."

Versi asal di sini bawah ini;
[When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak.]

Apakah yang dimaksudkan oleh Nur Misuari itu? Sebenarnya kata-kata Nur Misuari yang dilaporkan itu membawa pengertian dan makna yang besar mungkin soal menyelesaikan tuntutan rakyat Sulu ke atas Sabah? 

Apakah Nur Misuari sengaja berkata demikian? Kita tidak apat mempastikan apakah maksud beliau sebenarnya, dan apakah pula maksud Najib Razak memberi jaminan itu seperti dituturkan. Atau sejauh mana kebenaran laporan itu. Kalau untuk adil sepatutnyaUtusan Malaysia tidak menggelapkan laporan ini. Ia patut ditafsir dan diulas sama kemudian disiarkan seperti mana mereka mentafsir dan mememtik laporan 'rabun' yang mengaitkan nama Ketua Pembangkang oleh Inquirer dan 'perisik tentera' itu.

Dan kalaulah laporan portal mb.com.ph itu tidak boleh dipercayai kenapa pula laporanInquire mudah diyakini? [wm.kl. 10:35 am 04/03/13]


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular