SEMUA DIJEMPUT HADIR DAN SEBARKAN

Friday, March 8, 2013

Konspirasi Fitnah II: Heret Najib, Mahathir ke mahkamah – Surendran

KUALA LUMPUR 8 MAC: Pengakuan Azlan Mohd Lazim – anaknya, Saiful Bukhari diperguna pihak tertentu dalam kes Fitnah II bukti ia konspirasi Umno untuk menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Demikian Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengulas kenyataan tergempar Azlan yang mengakui anaknya diperalat Umno dalam fitnah yang didalangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir Vs Najib
“Satu kenyataan serius daripada bapa Saiful yang menyebut ada pegawai dari pejabat Perdana Menteri terlibat. Najib perlu segera disiasat dan desak beliau beri penjelasan.

“Beliau juga kena minta maaf kepada Anwar dan rakyat kerana terlibat dalam konspirasi ini,” kata Surendran ketika dihubungi.
Dalam sidang media pagi tadi, Azlan mendedahkan semua kenyataan akhbar anaknya dan beliau dirancang serta diskripkan oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Annas Jusoh dan peguam Zamri Idrus Khairil.
Beliau juga mengesahkan Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah.
Katanya, Fitnah II adalah konspirasi terancang untuk memenjarakan Anwar kali kedua.
Justeru, Surendran mendesak supaya Najib dan pimpinan Umno termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail diheret ke mahkamah kerana terlibat dalam konspirasi tersebut.
“Pengakuan ini membuktikan Fitnah II adalah konspirasi. Penyiasatan menyeluruh perlu bagi membuktikan siapa dalang terlibat. Najib tidak boleh lari dan beliau mesti diheret ke mahkamah,” katanya.
Sebelum ini, Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.
Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful, bekas pembantunya.
“Siasatan perlu dijalankan berkaitan peranan Umno BN dalam Fitnah I. Pemimpin Umno yang terlibat – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi juga mesti diheret.
mata lebam“Penglibatan Gani Patail dalam fitnah ini juga mesti segera disiasat,” tegas Surendran.
Anwar ditangkap pada malam 20 September 2008, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.
Dalam kes Fitnah II, Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memainkan peranan penting memalsukan keterangan terhadap Anwar dalam kes 1998 dan insiden mata lebam.
Kedua-dua mereka juga terbabit dalam konspirasi untuk menyediakan laporan perubatan palsu oleh seorang doktor yang tidak pernah memeriksa Anwar dalam insiden mata lebam Anwar ketika dipukul Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor pada 1998.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46819
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular