"Sebenarnya tidak ada orang bertatu pun. Dan di dalam kereta itu ada tiga orang selain pemandu.
"Selepas kemalangan, dua orang telah mencabut logo dacing dan gambar Zambry. Selepas itu, pemandu pergi dan yang tinggal dua orang tu je di tempat kejadian," kata ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Sementara itu, menurut anak lelaki wanita berkenaan, Tan Yu Sing, meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu terbabit.
Beliau juga meminta agar pemimpin Umno tidak lepas tangan berhubung kejadian itu.
"Sebagai pemimpin Umno, anda tidak sepatutnya lepas tangan. Orang yang melanggar itu harus dihukum.
"Jangan berbohong. Jangan jadi orang yang tidak jujur. Saya juga akan menuntut keadilan untuk mak saya.
"Sebenarnya tidak ada orang bertatu pun. Dan di dalam kereta itu ada tiga orang selain pemandu. Selepas kemalangan, dua orang telah mencabut logo dacing dan gambar Zambry. Selepas itu, pemandu pergi dan yang tinggal dua orang tu je di tempat kejadian," katanya.
Tan berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan
Ketua Pemuda Umno Lumut, Mohd Shahril Yahya yang mengaku anggotanya terbabit dalam kemalangan tersebut tetapi menafikan dakwaan pemandu kenderaan itu melarikan diri.
Sebaliknya, Mohd Shahril dilaporkan berkata,pemandu itu beredar dari tempat kejadian kerana takut dengan beberapa orang bertatu yang berada di lokasi kemalangan itu.
Sementara itu, ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham ketika dihubungi berkata, keluarga mangsa yang mengadakan sidang media di pusat khidmatnya semalam, tidak puas hati dengan kenyataan Mohd Shahril itu.
Selain itu, Ngeh juga meminta agar pemimpin serta Ketua Umno bahagian Lumut, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bertanggungjawab serta memohon maaf kepada keluarga mangsa.
"Anak-anak wanita itu menyatakan rasa tidak puas hati dan marah dengan Pemuda Umno yang menipu itu.
"Dalam sidang media yang dihadiri empat anak wanita itu, mereka kata tiada orang bertatu. Tetapi menurut anaknya, hanya ada pasukan RELA sahaja.
"Ketua pemuda tu pula kata mereka tak cabut logo, tapi anaknya kata, ada dua penumpang yang telah turun dan cabut logo sebelum pemandu itu lari," katanya.
Ahad lalu, akhbar China Press melaporkan, wanita itu menunggang motosikal berasingan bersama suaminya yang berusia 78 tahun dalam perjalanan pulang selepas menoreh di sebuah estet, dilanggar di sebuah jalan raya di Lekir.
Menurut Facebook cucu mangsa, Joanne Lim, datuknya menunggang motosikal kira-kira enam meter di belakang neneknya sebelum secara tiba-tiba sebuah kereta Hilux dengan logo BN dan Umno meluncur laju dan merempuh belakang motosikal neneknya.
Semalam, pihak polis berkata, mereka telah memulangkan semula trak tersebut selepas menyiasat saksi dan kenderaan terlibat dan kini masih menunggu laporan teknikal Puspakom untuk melengkapkan siasatan.
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment