APA pula 'Janji Najib' di sebalik laporan Manila sependapat dengan Kuala Lumpur melabelkan puak penceroboh di Sabah sebagai 'pengganas'.
Itu, antara tanda tanya selepas Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari baru-baru ini mengaku saudara-saudaranya masuk ke Sabah selepas dijanji penempatan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman dilaporkan tetap berdalih, "Setiausaha Rosario bersetuju kumpulan ini patut dilabel sebagai pengganas."
Anifah berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Luar Filipina, Albert F. Del Rosario di Kedutaan Filipina, Kuala Lumpur.
Menerusi laman sosial Facebook, gambar Najib dan dua pemimpin Umno lain bersama Sultan Sulu turut didedah secara humor.
Dua lain, Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Perdana Menteri Malaysia) dan Datuk Aziz Samsudin (bekas menteri merangkap veteran Umno).
Gambar: FB Topeng Perak Unmasked
"Bongkar...!!! Gambar Anwar & Sultan Sulu.
"Gambar atas: Anwar menyamar jadik Aziz Samsudin ketika bertemu Sultan Sulu.
"Gambar tengah: Anwar menyamar Pak Lah ketika bertemu Sultan Sulu buat kali ke-2.
"Gambar bawah: Anwar menyamar Najib ketika bertemu Sultan Sulu buat kali ke-3.
"Anwar adalah Dalang...!!! kah kah kah kah...!!!" tulis avatar Topeng Perak Unmasked di dinding Facebooknya.
Jenaka ditimbulkan di Facebook ini semasa pemimpin tertentu Umno serta cybertroopers parti perkauman itu cuba mengaitkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan situasi tidak menentu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah belakangan ini. - SUMBER
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment