Saturday, March 9, 2013

Blog SUARA PAKATAN RAKYAT bukan BLOG PR ... SEBARKAN!!!


Mohon sahabat sekalian SHARE gambar ini, pembohongan UMNO yang mencipta blog dan menyamar sebagai PR! Sangat terdesak macai UMNO!!
Pakatan Rakyat (PR) memaklumkan bahawa gabungan parti politik itu tidak mempunyai kaitan dengan laman blog http://suarapakatanrakyat.com/ .

Dalam satu kenyataan media bersama Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Publisiti DAP Pusat, Tony Pua dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PR ingin menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponennya.

“PR turut mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula rencana bertajuk ‘Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak’ yang menyentuh soal tarian sumazau di Sabah agar lebih sensitif terhadap pandangan, fahaman dan cara hidup warga Sabah terutamanya yang berketurunan Kadazandusun,” kenyataan itu dipetik.

Sebelum ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan partinya tidak mempunyai kaitan dengan blog tersebut sambil menambah ini adalah percubaan perang saraf menentang PR.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular