KUALA LUMPUR, 5 MAC: Perangai dan gangguan samseng 20 aktivis UMNO/Barisan Nasional (BN) yang mengibarkan bendera terhadap ceramah UBAH Dream Truck di Teluk Intan, Perak, yang dihadiri 4,000 orang membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International-Malaysia (TI-M), 20 Februari lalu tidak berniat menjunjung ikrar berkenaan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, semua empat prinsip yang Najib bersumpah untuk menjunjung ikrar itu semuanya dilanggar dengan gangguan samseng UMNO/BN menyebabkan ceramah DAP UBAH, terganggu dan penduduk Teluk Intan kecewa kerana polis gagal mengawal dan mententeramkan keadaan.
Katanya, empat prinsip berkenaan ialah kebenaran, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terbabit dengan amalan rasuah dalam apa jua cara; mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan; tadbir urus yang baik serta ketelusan; dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan Malaysia.
Beliau berkata, jika Perdana Menteri boleh terang-terangan melanggar etika, moral dan undang-undang selepas menandatangani ikrar itu, lebih ramai rakyat Malaysia akan dapati Najib dan pemimpin UMNO/BN tidak boleh dipercayai langsung, bukan saja apa yang mereka kata, tetapi juga apa yang mereka turunkan tandatangani.
“Tindakan samseng itu menunjukkan UMNO/BN begitu terdesak walaupun pemimpin dan ramalan terbaru Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) mendakwa BN akan menang dengan antara 123 dan 135 kerusi iaitu majoriti antara 24 dan 48 kerusi Parlimen pada PRU-13 nanti.
“Semalam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pula menyatakan Najib akan membawa negara ke puncak sekiranya BN kembali berkuasa pada PRU-13,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 38 Hari ke PRU-13, di sini, semalam.
Bagaimanapun, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, tidak ramai rakyat Malaysia yang percaya kerana Mahathir sudah berkali-kali secara terbuka mengutuk Najib sebagai pemimpin “lemah” malah pada 31 Januari lalu menuntut Najib memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri sekiranya Najib gagal mendapatkan mandat lebih kuat pada PRU-13 berbanding PRU 2008.
“Tiada siapa, kecuali Mahathir yang menjangka Najib akan memenangi PRU-13 dengan majoriti dua pertiga Parlimen, sedangkan veteren UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah merasakan sesuatu yang “mustahil” selepas beberapa “isu kontroversi” membabitkan UMNO/BN.
“Tengku Razaleigh memberitahu Oriental Daily News semalam bahawa ramalan ASLI itu tidak boleh dipercayai kerana kumpulan pemikir itu pro-kerajaan dan analisisnya berat sebelah sebaliknya meramalkan BN boleh hilang 10 hingga 15 kerusi Parlimen di Sabah selepas kegagalan tiga minggu stand-off dengan sekumpulan 200 militan bersenjata Sulu di Lahad Datu, hingga mengorbankan tujuh pegawai polis dan Sabah menjadi begitu tegang dengan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah terancam,” katanya.
Menurut Kit Siang, jika UMNO/BN tewas antara 10 dan 15 kerusi kepada Pakatan Rakyat iaitu lebih daripada satu pertiga kerusi Parlimen di Sabah, maka PR dalam perjalanan menuju ke Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Persekutuan dan menandakan berakhirnya negeri “deposit tetap” BN di Sabah.
Tambahnya, jika Sarawak dan Johor, dua lagi “negeri deposit tetap” BN, mengikut jejak langkah Sabah, maka nasib Najib termeterai dan beliau akan memenuhi ramalan RAHMAN menjadi Perdana Menteri UMNO/BN terakhir di negara ini.- Roketkini.com
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment