Baling batu: Samseng Umno buat serangan, KEADILAN pula disalahkan
PETALING JAYA 8 MAC: Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye dikecam kerana menyalahkan KEADILAN ekoran kecederaan dua polis ketika menyuraikan serangan samseng Umno di Bukit Katil, Melaka malam tadi.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, seorang pimpinan parti dimarahi ketika beliau menghubungi Chua bagi merujuk insiden serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat.
Menurut Saifuddin, pemimpin berkenaan memberitahunya, Chua menyalahkan penganjur kerana mengadakan ceramah Anwar Ibrahim di kawasan Umno.
Beliau malah melempar kata-kata seperti ‘saya tidak hormat Anwar Ibrahim, saya tidak hormat Ketua Pembangkang, saya tidak hormat Pakatan Rakyat’.
“Itu adalah kenyataan politik yang sangat bias dan tidak profesional.
“Beliau tidak layak jadi Ketua Polis Melaka. Mana ada dalam Malaysia ditandakan sebagai kawasan Umno. Kita tidak buat ceramah di markas Umno. Beliau menuduh penyokong kita yang mengakibatkan dua polis tercedera,” kata Saifuddin.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Kejadian sekitar 10 malam tadi bermula apabila puluhan samseng Umno BN bertindak liar melontar bertalu-talu batu ke arah bas.
Serangan itu mengakibatkan empat cermin bas yang dinaiki Anwar pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.
Seorang pengawal keselamatan Anwar turut cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.
Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.
Susulan kejadian tersebut, Saifuddin akan mengutus surat untuk bertemu Ketua Polis Negara (KPN) bagi membincangkan soal keselamatan terutama berkaitan kempen pilihan raya.
“Kita tengok semakin dekat pilihan raya makin banyak keganasan. Memandangkan ini kejadian keenam, saya akan tulis surat kepada KPN untuk bincangkan jaminan keselamatan kepada Pakatan Rakyat ketika kempen pilihan raya. Kita bagi masa untuk dia selesaikan isu Lahad Datu dahulu,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Machang itu yakin serangan berterusan akan menambah sokongan kepada KEADILAN.
“Serangan samseng seperti ini akan melonjakkan simpati dan sokongan rakyat terhadap KEADILAN.
“Rakyat seluruhnya menolak amalan budaya politik samseng dan ganas Umno BN,” katanya.
Kejadian pertama serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat berlaku di Kota Bharu pada 1 September 2012 apabila cermin depan retak dan disimbah cat merah. Seterusnya pada 8 September, kejadian serangan sama turut berlaku di Jasin Melaka.
Manakala kejadian ketiga dan keempat berlaku di Johor pada 14 September di Tangkak, ketika solat Jumaat, dan di Johor Baharu apabila paku payung ditabur di atas jalan dan dibaling ke arah bas.
Pada 16 Disember pula, bas itu dibaling dengan objek ketika melalui lebuh raya berdekatan kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Tapah yang mengakibatkan cermin penumpang bahagian atas berlubang.
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
Arkib Berita
-
▼
2013
(1816)
-
▼
03/03 - 03/10
(81)
- Blog SUARA PAKATAN RAKYAT bukan BLOG PR ... SEBARK...
- INILAH MUKA PEGUAM ZAMRI IDRUS KHAIRIL ANTARA DALA...
- Saiful Bukhari kantoikan Utusan Malaysia yg BENGAP...
- Saiful Bukhari Sedang Melalui Laknat Allah
- Pendedahan bapa Saiful bukti konspirasi politik : ...
- Kenyataan Penuh Bapa Saiful Bukhari
- Baling batu: Samseng Umno buat serangan, KEADILAN ...
- Orang Bertatu : Jangan bohong, kata anak mangsa ke...
- Konspirasi Fitnah II: Heret Najib, Mahathir ke mah...
- Ku Li nafi ditawar jadi PM jika Pakatan menang PRU13
- Betullah selama ni, Anwar Ibrahim difitnah !
- ULANGKAJI - FAKTA UNTUK AHLI-AHLI UMNO ! BACA !
- APA YANG DIJANGKA SUDAH MENAMPAKKAN BELANGNYA
- IC PUNCA SEGALANYA...
- TU DIA!! DALANG BAWA MASUK MILITAN SULU KE SABAH A...
- Najib masih Perdana Menteri tidak dipilih rakyat
- Tajuk Berita Berniat Jahat, The Star Diminta Tarik...
- Pengasas MNLF, Nur Misuari Pertikai Kesahihan Gamb...
- Gempaq!! Polis dipukul pemuda BN +VIDEO
- Selamat datang ke Malaysia....Keluarga besar anda ...
- Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan tuntutan ...
- Pelekat (Sticker) : Arahan HKL Ketinggalan Zaman
- UMNO MENANG FITNAH,ANWAR MENANG SAMAN..
- POLITIK SAMSENG UMNO - Bas Merdeka Rakyat di bali...
- Kerajaan Persekutuan BN berakhir Sabtu ini
- Dr Mahathir ke Pasir Mas untuk rosakkan Umno?
- BUKAN SANDIWARA TETAPI KENAPA TANGAN PENGGANAS INI...
- PANASSS!!!!! TERBUKTI PENGGANAS SULU YANG MENYERAN...
- Harga RON97 di naikan kepada RM2.90 seliter
- Nak BR1M 3.0 naik RM1000?? Boleh!!! Dengan syarat...
- Dalang ‘projek IC’ buka pintu negara diceroboh
- Jika pendatang di Sabah dikumpul, memenuhi Kedah
- Mengapa Sulu ceroboh di ambang PRU13?
- Rakyat Pekan pun tak mahu hadir ceramah Najib
- TV3, Utusan minta tangguh jawapan notis saman dari...
- Benarkah Isu Lahad Datu Hanya Mainan Najib & Umno ...
- Kerajaan Najib Bayar Penulis Pro Isreal RM1,208,84...
- Gambar sulit Najib bersama Sultan Sulu jadi jenaka...
- Akta Hasutan atau Akta Komunikasi dan Multimedia: ...
- Kantoi : Altantuya Teman Wanita Najib - PI Bala
- Beri IC tak gadai kerakyaktan dan tak gadai negara...
- Sedarkah anda akan fakta ini??
- PANAS ! ADA 800,000 AHLI BERDAFTAR DALAM PERSATUAN...
- Masih ada yang tak faham Skim Mesra Usia Emas kera...
- Lahad Datu: Bayangkan ia tanpa kehadiran media baru
- Lahad Datu: Musuh menyusup melalui Projek IC – Bri...
- Insiden Lahad Datu - Sandiwara Yang Makan Tuan
- Hentikan bayaran kepada waris Sultan Sulu
- Kalimah Allah - UMNO Munafik dan kita jangan terpe...
- Mana Shafie Apdal Menyorok Masa Semporna Diserang?
- Kantoi : Apa Hubungan Aziz Samsudin (Mastermind Pr...
- Konflik boleh ditangani tentera lebih awal, PM lem...
- Kronologi Ops Daulat
- Benar kah negara kita selamat?
- KEGANASAN DI SABAH BERPUNCA DARIPADA MAHATHIR
- Selangor tunai lebih 90 peratus manifesto 2008
- BL1M – Satu Lagi Projek yang Memperkayakan Kroni UMNO
- Panas!! DAP sedang tindas tanpa belas ehsan umat I...
- LEBIH 134,675 PENGUNDI HANTU DI SELANGOR
- Memang sah ANWAR agen segala agen!!
- Najib bakal tepati ramalan RAHMAN, jadi PM UMNO/BN...
- PASUKAN KESELAMATAN LANCARKAN SERANGAN
- Siapa arahkan Manila Bulletin padam laporan janji ...
- Insiden Lahad Datu - Menteri KDN Hishamuddin Letak...
- Hina bekas komando : Tian Chua mahu saman +Video
- Sultan Sulu : BERITA YANG DISOROKKAN OLEH UTUSAN D...
- Gempaq!! Lahad Datu : 30 PENDUDUK TANJUNG BATU & L...
- Sultan Sulu : Masih Tak cukup kah Bahan BUKTI ini???
- Cerita belakang tabir perundingan Lahad Datu........
- Sultan Sulu : Camna penceroboh bersenjata berat da...
- Isu Dalang Pembangkang Dalam Krisis Lahad Datu,Anw...
- Sultan Sulu : “Projek IC” kembali menghantui Malaysia
- Panas!!!! Sultan Sulu : RUPANYA DIA ORANG NI MEMBE...
- Sultan Sulu : Senjata Umno makan tuan...
- Sultan Sulu : Sandiwara Atau Tidak, Kerajaan Tetap...
- Sultan Sulu : KENYATAAN MEDIA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
- NO.. MORE.. NASI.. KANDAR..MAMAK .
- Sultan Sulu : Luahan Sebenar Dari Penduduk Lahad D...
- Najib Ada Menjanjikan Sesuatu Untuk Sulu?
- Sultan Sulu : Penceroboh Sabah ibarat isytihar per...
- Sultan Sulu : Perjanjian syaitan yang disembunyikan
Artikel Popular Minggu ini (Top 10)
No comments:
Post a Comment