Wednesday, March 6, 2013

Kerajaan Najib Bayar Penulis Pro Isreal RM1,208,848 untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim

_MG_4863PKR persoal Putrajaya selepas bayaran konsultan AS terdedah
Nik Nazmi berkata rekod tersebut mendedahkan Trevino dibayar sebanyak RM1,208,848 oleh kerajaan Malaysia.

PETALING JAYA, 6 Mac—PKR mempersoal pendirian Putrajaya selepas Joshua Trevino, bekas penulis ucapan presiden Amerika Syarikat (AS) George W. Bush, mengakui menerima bayaran dari kerajaan Malaysia menerusi APCO Worldwide untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, rekod tersebut mendedahkan Trevino dibayar sebanyak AS$389,724.70 (RM1,208,848) oleh kerajaan Malaysia.

“(Datuk Seri) Najib (Razak) perlu menjawab persoalan, berapa banyakkah wang rakyat digunakan untuk konsultan awam, khususnya di luar negara untuk menyerang Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat,” kata Nik Nazmi dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Menurut Nik Nazmi, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar United Kingdom, The Guardian, Ogos tahun lalu berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, dimana beliau memuji-muji ‘kesederhanaan’ Najib.

“Najib mengakui kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010, dan FBC juga turut membayar AS$70,000 kepada APCO Worldwide untuk melobi kerajaan AS menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara.

“Masa di dalam negara, mereka mengatakan Anwar adalah agen Israel, di luar negara mereka mengatakan Anwar sebagai anti-Israel pula, ini satu ironi,” kata Nik Nazmi lagi.

Nik Nazmi juga bertanya apakah kerajaan BN membayar kepada konsultan lain selain APCO dan FBC Media, dan apakah ada arahan dari BN untuk mereka menghentam Anwar, selain mengatakan konsultan-konsultan yang dilantik ini adalah penyokong tegar Israel dan anti-Islam.

“Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrem dan anti-Islam mereka, yang menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika? Adakah kerajaan sedar bahawa konsultan-konsultan yang dilantik adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?

“Najib mestilah menjawab perkara ini dengan pilihan raya yang bakal tiba,” kata Nik Nazmi lagi.

Beliau kemudian berkata meskipun terus membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat bagi tujuan propaganda dan fitnah, pentadbiran Najib terus menolak gesaan Anwar untuk perbahasan polisi dalam menentukan kepentingan rakyat Malaysia.

Trevino, seorang pengulas politik konservatif di Amerika, dan beliau menulis di Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington Times, National Reviewer dan laman web konservatif RedState.com. - MI


Desak Najib jawab pendedahan kerajaan bayar Apco burukkan Anwar
Najib gerun jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tempatnya di Putrajaya.
Pada minggu lepas, Joshua Trevino, bekas penulis ucapan presiden Amerika Syarikat George W. Bush memfailkan rekod kepada kerajaan AS yang mengesahkan beliau dibayar oleh kerajaan Malaysia menerusi Apco Worldwide di dalam kempen mempromosi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rekod tersebut mendedahkan Trevino dibayar AS$389,724.70 oleh kerajaan Malaysia, parti pemerintah Umno-BN ataupun kepentingan yang berkaitan. Pada Ogos tahun lepas, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar UK, The Guardian. Ini berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, di mana beliau menulis memuji tentang ciri-ciri ‘kesederhanaan’ Najib.

Pada 2011, Najib mengakui bahawa kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010. FBC turut membayar AS$70,000 kepada APCO Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib. Apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan.

Ironisnya, ketika Umno-BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel di dalam propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara.
Najib perlu menjawab persoalan-persoalan berikut yang timbul daripada skandal ini:

a) Berapa banyakkah wang rakyat yang dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti-Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim?

b) Selain daripada APCO di AS dan FBC di UK, di manakah lagi BN melantik konsultan untuk menyerang pembangkang?

c) Siapakah yang terlibat di dalam perlantikan dan koordinasi konsultan-konsultan ini?

Apakah arahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan Anwar Ibrahim memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah menyerang Anwar semata-mata?

e) Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrem dan anti-Islam mereka, yang menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika?

f) Adakah kerajaan sedar bahawa konsultan-konsultan yang dilantik adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?

Najib mestilah menjawab perkara ini dengan pilihan raya yang bakal tiba. Meskipun Najib terus membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat bagi tujuan propaganda dan fitnah, beliau terus menolak gesaan Anwar untuk perbahasan polisi bagi kepentingan rakyat Malaysia.

Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46577

'Tahukah Najib, perunding yang diupah sokong Israel?'

PKR meminta Perdana Menteri menjelaskan sama ada kerajaan mengetahui bahawa perunding Amerika Syarikat yang diupah untuk menyerang seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan penyokong kuat rejim Israel.

Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad PKR berkata, Najib juga perlu mendedahkan jumlah wang rakyat yang digunakan untuk membayar bekas penulis ucapan George W Bush, Joshua Trevino bagi usaha itu.

Nik Nazmi mendakwa, kerajaan membayar Trevino menggunakan wang rakyat melalui Apco Worldwide.
“Adakah kerajaan sedar bahawa konsultan yang dilantik adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?

“Ironisnya, ketika Umno-BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel di dalam propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara,” katanya.

Tambahnya, kerajaan Malaysia sebelum ini didapati membayar RM 94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010 selain daripada bayaran USD70,000 kepada Apco Worldwide oleh FBC untuk melobi kerajaan Amerika Syarikat bagi pihak Najib.

"Selain daripada Apco di AS dan FBC di UK, di (negara) mana lagi BN lantik perunding untuk menyerang pembangkang?

"Siapakah yang terlibat dalam pelantikan dan menyelaras perunding ini?," soalnya.

Nik Nazmi seterusnya mendakwa para perunding tersebut terdiri daripada golongan yang "terkenal dengan pandangan ekstrem dan anti-Islam mereka, yang menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam Amerika".

Trevino sebelum ini mengaku menerima USD389,724.70 daripada kerajaan Malaysia untuk mengendalikan blog MalaysiaMatter.com dan MalaysiaWatcher.com.

Pengakuan itu didapati menerusi pemfailan pendapatan beliau dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. - Mk

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular