Friday, March 8, 2013

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan tuntutan saman


Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan tuntutan samannya ke atas Utusan dan TV3 ekoran laporan fitnah media itu.
Saman itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.30 pagi nanti, kata peguamnya N Surendran dan Latheefa Koya dalam kenyataan mereka hari ini.

Saman ini difailkan ekoran laporan media itu bahawa Anwar terlibat dalam kes pencerobohan ke atas Lahad Datu, sabah.

Dalam insiden pencerobohan tentera bersenjata Filipina di Sabah sejak 22 hari lalu, yang telah menyebabkan lapan anggota polis meninggal dunia, Anwar menjadi mangsa tuduhan.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu dituduh 'dalang' kepada pencerobohan.

Utusan Malaysia sebelum ini mengeluarkan laporan bertajuk "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" dan "Tiga kumpulan jadi dalang" mendakwa penglibatan Anwar dengan kumpulan bersenjata di Sabah.

TV3 dalam pada itu menggunakan perkataan 'dalang' dengan mengaitkan Ketua Pembangkang dalam insiden tersebut.

P/S : Hahahahaha....segala surat menyurat tidak akan dilayan...dah 14 tahun dah dok keja fitnah jekan...ni makan dia... - Pakatan Rakyat Supporters

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular