Sunday, March 10, 2013

Adakah Najib bubar Parlimen 11 Mac, 11.11 pagi?

KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang memberitahu, dua hari lalu beliau telah ditanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada 11 Mac, jam 11.11 pagi.

“Ini mengingatkan saya kepada ramalan ‘Enam Satu’ dua tahun lalu, bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 11 Nov, 2011 yang mempunyai ‘6 angka 1’, memandangkan ‘11’ merupakan nombor kegemaran dan nombor ajaib Najib,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam..

Penasihati DAP Kebangsaan itu berkata, akan tetapi ‘Enam Satu’ iaitu ‘11.11.11’ telah datang dan pergi, tahun 2011 dan 2012 telah berakhir, dan bermula semalam, Parlimen ke-12 telah melangkaui lima tahun jangka hayat kebiasaan.

Ini, ujarnya menjadikan Najib di mata kebanyakan rakyat Malaysia sebagai ‘Perdana Menteri tidak sah’, terutamanya apabila Najib merupakan Perdana Menteri paling lama tanpa mandatnya sendiri iaitu hampir empat tahun.

Menurutnya, Malaysia boleh mencipta sejarah dunia dan masuk di dalam Guinness Book of Records sebagai negara yang telah berada di dalam keadaan kempen pilihan raya umum untuk hampir empat tahun sejak Najib menggantikan Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia pada 3 April 2009.

Lim menambah, tetapi Najib masih takut untuk membubarkan Parlimen untuk berdepan dengan pilihan raya walaupun beliau memperoleh ruang bernafas hanya 48 hari lagi sebelum Parlimen sekarang terbubar secara automatik pada 27 April mengikut Perlembagaan, tanpa perlu mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan secara rasmi.

“Najib hanya ada dirinya untuk dipersalahkan sekiranya beliau dianggap sebagai Perdana Menteri ‘tidak sah’ yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri Sementara mengetuai Kabinet Sementara yang tidak sepatutnya membuat sebarang keputusan besar atau substantif baik melibatkan dasar, perlantikan, kewajipan berkontrak atau menyalahgunakan perkhidmatan awam baik pegawai, simber dan dana awam tanpa berunding dengan oposisi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur. -Harakah

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular