Friday, November 2, 2012

Panas!! Tuduhan UMNO/BN bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai ”anti-Islam” kini terbukti .....

Islam, Sekolah Agama Rakyat, masjid dan surau terbela di Pulau Pinang
GEORGE TOWN 2 NOVEMBER: Tuduhan UMNO/BN bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP sebagai ”anti-Islam” terbukti tidak benar apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) itu terus ”Memartabatkan Agama Islam” dalam Belanjawan Pulau Pinang 2013 yang bertemakan Agenda Ekonomi Saksama.

Selain menjadikan masjid dan surau sebagai institusi merangkumi aktiviti kemasyarakatan, sebanyak RM13.84 juta daripada RM46.42 juta peruntukan bagi memartabatkan agama Islam disediakan untuk pembangunan sekolah agama rakyat (SAR).

Ia berbeza sama sekali dengan Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2013 yang tidak menyediakan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, peruntukan untuk pembangunan agama Islam bagi 2013 termasuk usaha meneruskan pembinaan masjid baru yang mengambil kira prasarana mesra OKU.

“Masjid terbabit ialah Masjid Jamek Sungai Gelugor, Daerah Timur Laut dan Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.

“Pembinaan masjid yang mengambil kira prasarana seumpama itu dilaksanakan di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara dan Masjid Kelawei, Daerah Timur Laut,” katanya.

Pada Belanjawan Pulau Pinang 2012, kerajaan negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM22.8 juta untuk pengambilan balik tanah bagi pembesaran tapak perkuburan Islam berhampiran Masjid Jelutong, untuk khariah Masjid Cherok Tok Kun Atas dan khariah Masjid Tuan Abdullah, Tanah Liat manakala RM2 juta diperuntukan untuk pengambilan balik tanah bagi pembangunan Sekolah Agama Rakyat.

Katanya, ini membuktikan tuduhan UMNO-BN bahawa Kerajaan Pulau Pinang “anti-Islam” adalah meleset sama sekali kerana realitinya, kerajaan negeri sangat prihatin terhadap pembangunan masyarakat dan agama Islam dan meliputi semua kaum di negeri itu .-Roketkini.com

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular