Sunday, October 28, 2012

Kisah Pelik Dalam Negara Islam 1Malaysia


JACLYN VICTOR NYANYI LAGU AGAMA KRISTIAN DIBOIKOT,MCA YANG HINA ISLAM DISOKONG!!
Perkasa tidak memboikot MCA yang secara terang-terangan menghina Islam dan hukum Islam tetapi Perkasa mahu boikot penyanyi Jaclyn Victor kerana penyanyi tersebut menyanyikan lagu agama beliau iaitu "Harapan Bangsa"..

Dengan menyanyikan lagu gereja "Harapan Bangsa',Perkasa telah mendakwa Jaclyn telah menghina umat Islam di negara ini..

Alasan yang digunakan oleh Perkasa untuk perjuangan memboikot Jaclyn Victor tu
adalah kerana penggunaan lirik yang ini..

”Bapa engkaulah harapan negara ini”
”Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia”
”Yesus engkaulah harapan segala bangsa”
”setiap suku, setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di tahtah mu dan nyatakan bahwa yesuslah tuhanku”
”dan nyatakan bahawa yesuslah tuhanku”
Setiausaha Agung Perkasa Tuan Syed Hassan Syed Ali (gambar atas) berkata, "ayat ”dan nyatakan bahawa yesuslah tuhanku” sungguh biadap. Yesus bukan tuhan umat Melayu Islam negara ini..."

(err.. lirik lagu tu kata "yesus tuhanku",maknanya tuhan si Jaclyn Victor tu.. kenapa nak marahkan dia pulak..?)

Isu semacam ini menjadi perjuangan Perkasa..?
tapi di mana Perkasa sewaktu MCA menghina Islam dan hukum Islam secara terang-terangan..?

Lagu Jaclyn Victor dicipta untuk penganut agama Kristian terutamanya di Sabah dan Sarawak dan Jaclyn Victor pun memang seorang Kristian.. lagu tersebut tidak dimuatkan ke dalam album beliau dan tidak juga dikeluarkan sebagai single beliau..

Lagu ini adalah lagu gereja..
dan lagu ini pernah dinyanyikan oleh Jaclyn Vivtor di gereja Sabah 5 tahun lalu.

Aku tak ada masalah langsung kalau Perkasa nak boikot ke atau nak buat tarian punggung kat depan rumah Jaclyn Victor tu..

Tapi aku rasa Perkasa ni nampaknya berpilih-pilih isu dalam memboikot...

Yang menghina Islam adalah MCA...
Malah MCA menghina Islam dihadapan Najib yang beragama Islam semasa perhimpunan MCA baru-baru ini Pemuda MCA juga menghina Islam dengan meluluskan resolusi menolak keras hukum hudud..

Mana Perkasa..?
kenapa tak boikot MCA dan BN..?

Bukan sahaja tidak memboikot MCA,malah Perkasa menyatakan sokongan penuh dan menyeru ahli-ahlinya menyokong parti yang telah menghina Islam le pulak..
Kalau Perkasa bantah lagu gereja tu sebab ianya ditulis dalam lirik bahasa Melayu ada le jugak pointnya.. ada le jugak sesuatu yang boleh dipersoalkan...

Jaclyn Victor seorang Kristian menyanyikan lagu memuja Yesus dianggap hina Islam..
MCA yang terang-terangan menghina Islam tidak dianggap menghina Islam malah disokong pulak..
entah apa-apa lah Perkasa ni... LiangLahad

BEBAS....Perkasa adalah bebas untuk boikot artis terkenal Jaclyn Victor, menurut Dr Koh Tsu Koon.

KUALA LUMPUR : Badan bukan kerajaan Perkasa bebas untuk memboikot artis terkenal negara Jaclyn Victor yang menyanyikan lagu 'Harapan Bangsa', kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang bertanggungjawab menjaga portfolio perpaduan dan permuafakatan negara pada hari ini.

Khamis lalu, Perkasa menggesa umat Islam untuk memboikot artis tersebut atas dakwaan lirik lagu tersebut yang terselit dengan unsur Kristian telah menghina Islam dan menunjukkan 'tidak sensitif dan menghormati' kepada mereka yang bukan penganut agama Kristian.

“Saya tidak mahu mengulas tentang itu. Mereka boleh memboikot kerana mereka suka. Ini sebuah negara yang bebas ...,” kata Koh, yang juga menyelia kabinet khas panel antara agama kepada The Malaysian Insider hari ini ketika diminta mengulas mengenai gesaan Perkasa itu.

Berikutan serangan terhadap Jaclyn oleh umat Islam ke atas lagu berusia lima tahun tersebut, agensi kerajaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyiasat lirik lagu terbabit.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi pada minggu lepas dilaporkan berkata bahawa kementerian maklumat dan kementerian dalam negeri perlu merujuk lagu tersebut dengan JAKIM bagi memutuskan jika ia 'benar-benar menyentuh isu iman (akidah)'.

Serangan Perkasa menyusul serta menambah lebih tekanan dalam isu melibatkan agama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin dekat terutamanya selepas dua ahli Parlimen mendakwa terdapat satu plot untuk menukar Malaysia kepada sebuah negara Kristian.

Jaclyn pada minggu lepas berkata lagu 'Harapan Bangsa' bukan untuk tujuan komersial dengan mendakwa ia telahpun direkodkan bertahun-tahun lalu.

“Saya mencatat lagu yang sekitar 2007 khas bagi orang-orang Kristian di Sabah dan Sarawak dan untuk gereja-gereja. Ia telah digubah oleh seorang paderi dengan tujuan keamanan Malaysia.

"Sebagai seorang Kristian, saya tidak fikir ia menjadi kesalahan jika saya sebagai seorang Kristian menyanyikan lagu tersebut,” katanya kepada Berita Harian Khamis lepas.

“Saya sedar, mungkin kerana lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu, ia menyebabkan orang ramai melihat ini sebagai tidak sensitif dan berfikir bahawa saya cuba untuk menyebarkan ajaran Kristian.

“Saya nyanyikannya dalam bahasa Melayu kerana ramai Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam bahasa Melayu.”

Penganut beragama Kristian merangkumi 9.2 peratus daripada jumlah keseluruhan 28.3 juta penduduk Malaysia.

Demo LoNie : Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa lillahil Hamd. Selamat Hariraya Aidil Adha buat semua . Kullu 'Am Wa Antum Bikhair.. Taqabbala Allahu Udhiyatana Wa 'amalina.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular