Monday, October 29, 2012

Lidah biawak Naib Canselor UITM : Dari NGO, PERKASA dah Konpom proksi PARTI UMNO

Lidah biawak rupanya Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Sahol Hamid ni.. dulu dia kata institusi pengajian tinggi yang harus bebas daripada cengkaman dan pengaruh politik luar.

Sebabnya dulu dia kata "Adanya pengaruh parti politik di dalam kampus akan menyebabkan mahasiswa melayu berpecah-belah dan melemahkan masyarakat melayu khasnya".

Tapi 21 Oktober lalu dia sendiri pula yang membenarkan pihak PERKASA mengadakan Persidangan Khas Tahunan Perkasa Negeri Selangor kali ke 2 di di Dewan Agong Tunku Canselor, UiTM Shah Alam. 


Bagaimanapun meskipun ianya diadakan di dalam UiTM sendiri, ianya gagal menarik minat para pelajar UiTM sendiri untuk hadir.

Berikutan itu Admin FB PERKASA Selangor melahirkan kekecewaannya dalam FB milik PERKASA Selangor itu..

Sayangnya pelajar UiTM tidak menggunakan kesempatan untuk hadir beramai-ramai ke Perasmian Persidangan Khas Tahunan Perkasa Negeri Selangor pada 21 Oktober lalu (Ahad) bagi mereka menambah ilmu pengetahuan serta mengetahui halatuju perjuangan Perkasa itu sendiri.

Kesempatan berkenaan gagal digunakan sepenuhnya pelajar UiTM pada hari itu. Sekurang-kurangnya mereka yang mewakili Generasi Y hari ini dapat menolak persepsi negatif terhadap kerajaan yang bertuankan Melayu.

Sebagai pelajar universiti keramat hak muktlak Melayu dan Bumiputera, mereka sewajarnya memberikan sokongan moral agar Perkasa terus mempertahankan UiTM mendidik adik-adik dan anak mereka sebagaimana yang mereka peroleh hari ini iaitu, kadar yuran yang amat rendah kerana subsidi kerajaan kepada anak Melayu dan Bumiputera. 

Kesiannya kat dia... dah tak ada sambutan nak menipu pula.. kononnya Perkasa lah yang mempertahankan UiTM.. tapi nak pertahankan dari serangan siapa?

Kadar yuran yang rendah itu pun sememangnya telah dilaksanakan dari sebelum Perkasa ujud lagi jadi tak ada kena mengena dengan Perkasa.

Ini kemusykilan seorang pelajar UiTM sendiri.. bacalah..


Saya merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Prof. Ir Dato. Dr. Sahol Hamid berkenaan dengan keadaan institusi pengajian tinggi yang harus bebas daripada cengkaman dan pengaruh politik luar.

Beliau merujuk kepada keadaan huru - hara yang boleh berlaku disebabkan pengaruh parti politik luar.

Masih segar diingatan saya bahawa beliau mengatakan dengan adanya pengaruh parti politik di dalam kampus akan menyebabkan mahasiswa melayu berpecah - belah dan melemahkan masyarakat melayu khasnya.

Selain tu, mahasiswa akan leka dan lupa kepada matlamat asal ke menara gading iaitu belajar bagi membela nasib anak bangsa.

Namun begitu, pada 21 Oktober 2012 yang lepas, telah diadakan satu Persidangan Khas PERKASA negeri Selangor di Dewan Agong Tunku Canselor, UiTM Shah Alam.

Saya mengakui bahawa PERKASA merupakan Non - Governmental Organisation (NGO) Melayu yang menjadi kumpulan pendesak. Tetapi, jelas PERKASA sememangnya berpihak kepada United Malays National Organisation (UMNO) dan bukanlah badan neutral seperti yang digembar - gemburkan.

Buat pengetahuan pembaca, saya pernah berbual beberapa kali dengan pimpinan kampus UiTM yang 'rasional'.

Mereka menyatakan bahawa jika hendak di bawa badan yang tajam kepada kerajaan seperti Bar Council, SUHAKAM, SUARAM dan seumpamanya, pasti akan ditolak oleh pihak pentadbir.

Namun, mereka akan lembut apabila sesuatu program ini hendak diadakan kerjasama dengan Pemuda UMNO, Barisan Nasional, Jaringan Melayu ataupun PERKASA.


Antara yang berucap dalam persidengan tersebut adalah Datuk Ibrahim Ali sendiri sebagai Presiden PERKASA, ucapan beliau seperti biasa berapi - api dan penuh dengan sentimen.

Terdapat beberapa perkara yang saya kira sebagai unsur perkauman dan hasutan. Antaranya :

a) Kita perlu kekalkan UMNO sebagai pemerintah, tanpa UMNO punahlah masyarakat Melayu. Malaysia akan diperintah oleh cina.

b) Anwar Ibrahim adalah peliwat sejak zaman sekolah dan universiti, saya kenal siapa Anwar sebenarnya. Hanya mahkamah yang tidak dapat membuktikan perkara tersebut. Sebab itu Anwar terlepas.

c)Nik Aziz hanya bagi RM500 untuk bina jalan tar. Apa kejadah ? Nik Aziz itu 'barang' pun dah tak naik sibuk nak jadi MB Kelantan lagi.

d) Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah Kafir Harbi.

Banyak lagi sebenarnya kenyataan yang bakal merungsingkan pembaca apabila diceritakan nanti.

Tapi, saya berasa gusar bagaimana NC UiTM membenarkan persidangan berunsur politik seperti ini diadakan di dalam UiTM kampus Shah Alam sedangkan ini terang - terangkan ingin menghasut masyarakat supaya berpecah - belah.

Tambahan pula, UiTM membenarkan badan yang berpihak kepada kerajaan mengadakan program. Tetapi, mengapa pula apabila SUHAKAM, SUARAM dan seumpamanya ingin menggunakan ruang awam UiTM mereka ditegah ? Itu saya musykil .


Sila lihat nama nombor 6 pada imej di atas..

Saya tuntut Naib Canselor UiTM supaya respon.

Adakah ini tindakan terdesak UMNO dan proksinya supaya dapat berkempen ?

Adakah ini perbuatan yang bertanggungjawab dan jujur selepas beberapa kenyataan dikeluarkan?

SAYA MUSYKIL

Waallahualam..
MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.



Demo LoNie tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruang komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi MEREKA dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian ADMIN..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular