Friday, November 2, 2012

Tu dia RM55,250.00 duit rakyat untuk PUTERI UMNO??

Amboii sayang sungguh aihh kat Puteri UMNO, sapu duit rakyat bela depa... mangkuk sia' betoi
Menurut Laporan Audit yang dibuat terhadap Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) di bawah item ‘Bayaran tidak berkepentingan’, STDC telah membiayai lawatan sambil belajar Puteri UMNO Kedah ke Medan Indonesia sebanyak RM5,000.00. (Rujukan: Cek bernombor 502665, bertarikh 18.03.07).

Pihak Audit mempersoal mengapa baucer bayaran hanya disokong oleh permohonan sumbangan. Asal Puteri Umno yang pohon duit GLC, bila-bila masa depa mau mesti bagi.. macam tu ka???

Seterusnya pada 03.02.08, STDC telah membekalkan kain tudung kepada Puteri Umno Kedah bernilai RM20,000.00. (No. cek: 631901) dibayar kepada pembekalnya atas nama HM Design & Trading.

Soalnya, mengapa nak beli kain tudung Puteri pun sapu duit GLC. Kalau RM20,000.00 tu bagi kat orang miskin seorang RM100.00 maka 2,000 keluarga miskin boleh beli beras makan nasik berminggu-minggu.

Awatlaa kalau dah nama UMNO.. semua nak sapu duit GLC, duit kerajaan, duit rakyat. Tak reti cari sendiri ka? Kalau bagi peluang lagi depa ni pegang Kedah, aku bimbang lepas ni.. kain batik, seluaq dalam, coli depa pun rakyat nak kena tolong beli bagi.. ih ih ihhh.

Baiklah, ini rekod selain dari di atas duit STDC yang dihulog kat Puteri UMNO Kedah:

27 Julai 2003 (No. cek 28952) RM1,000.00
5 Ogos 2003 (No. cek 37703) RM7,000.00
22 Disember 2003 (No. cek 68415) RM1,000.00
5 Januari 2004 (No. cek 88995) RM7,000.00
24 Februari 2004 (No. cek 109239) RM4,250.00
25 Februari 2004 (No. cek 109263) RM10,000.00

Tup tap tup tap tekan buah sempua, jumlah semua ialah RM55,250.00!!!

SUMBER

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular