Sunday, October 28, 2012

Hudud dipersenda, UMNO yang bersalah!


Marah apabila Chua Soi Lek dan Karpal Singh mempersendakan hukum hudud. Bagaimana dengan kenyataan Mahadhir, Najib, Mashitah dan Sabri Chik yang juga boleh dikatakan mempersenda dan menghina hukum Hudud.

Apabila sesuatu telah terjadi aku secara peribadi memang tidak berminat untuk mencari siapa yang bersalah dan siapa yang harus dipertanggungjawabkan. Namun dalam soal ini, aku rasa aku perlu sandarkan kesalahan ini kepada mana-mana organisasi atau individu demi menyelesaikan permasalahan ini.

Hudud dipersendakan bukanlah perkara baru, sudah lama yang menghina, antaranya Tun Mahadhir sendiri, Sabri Chik, Ustazah Mashitah dan Perdana Menteri hari ini juga pernah mempersendakan hukum hudud.
Sebelum ini Karpal Singh sering menjadi bahan tohmahan UMNO kerana beliau pernah mempersendakan hukum hudud dan mereka (UMNO) sering meminta PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat atas alasan DAP menghina dan tidak menghormati Islam.

Hari ini Chua Soi Lek Presiden MCA pula mengeluarkan kenyataan berkenaan hudud dan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini. Pihak UMNO pula yang sebelum ini mengecam DAP dan Karpal Singh kerana menghina HUDUD langsung tidak mengeluarkan kenyataan seolah-olah merelakan kenyataan itu. Dan kemarahan kepada DAP dan Karpal Singh sebelum ini bukanlah marah kerana kenyataan menghina hukum Hudud tetapi ia lebih kepada berkepentingan untuk parti dan lebih tepat menjadi balaci UMNO supaya parti itu terus memerintah di negara ini walaupun terpaksa menjual agama sendiri.

Aku secara peribadi tidak terlalu marah kepada Karpal Singh dan juga Chua Soi Lek walaupun kenytaan mereka itu mempersendakan hukum Hudud hukum agama Islam, agama yang aku anuti.

Kenapa aku tidak terlalu marah?
Aku tidak terlalu marah kerana aku berpendapat mereka non-muslim yang mempersendakan hukum Hudud ini kerana mereka tidak faham akan hukum hudud. Hukum hudud sebelum ini selalu diperbincang dengan tidak serius dan perbincangan hanya dikalangan masyarakat beragama Islam. Aku yakin dan percaya bukan dua malaun ini sahaja yang masih tidak faham akan hukum hudud, bahkan umat islam di negera ini sendiri masih kabur tentang islam. Mahadhir yang dah tua kereput itu sendiri masih belum faham tentang hudud sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan hukum hudud tidak ada dalam al-quran tidak lama dahulu.

Maka kenapa kita perlu marah mereka yang tidak faham itu. Kita harus berfikir kenapa dan mengapa mereka tidak faham. Aku berpendapat, mereka ini tidak faham kerana UMNO adalah parti pemerintah di Negera ini. Aku cukup yakin pemahaman Hudud dinegara ini masih cetak kerana UMNO yang tidak pernah cuba untuk menerangkan apa itu hudud bahkan ada segelintir individu UMNO yang memberi persepsi yang salah tentang hukum hudud. Seperti mana Najib satu ketika dahulu yang pernah mengeluarkan kenyataan jika hukum hudud dilaksanakan maka huru-haralah negara ini.

Adakah Pas yang bersalah jika masih ada yang tidak memahami apa itu hukum hudud?
Ada juga penyokong UMNO menyalahkan PAS kerana tidak berjaya memberi pemahaman yang baik kepada masyarakat hari ini. Tambahnya lagi, PAS tidak serius dan hanya menggunakan hukum hudud sebagai wadah untuk isu politik.

Benar PAS sehingga ke hari ini masih tidak mampu menjinakkan Karpal Singh dalam bab hukum hudud. Namun PAS telah berjaya memberi pemahaman kepada ramai individu non-muslim di dalam DAP dan PKR dalam isu hukum hudud. Sudah ramai yang memahami apa itu hudud selepas berkawan dengan PAS seperti mana Lim Gung Eng dan Cikgu Lau Bekas Setiausaha Parti Gerakan Negeri Kelantan. Mereka ini bukan sahaja faham bahkan boleh memberi penerangan tentang hukum hudud hasil berkawan dengan PAS dan perkara ini dinyakan sendiri oleh mereka.

Namun apakah yang UMNO buat tentang hukum Hudud?
UMNO seolah-olah meletakkan tanggungjawab untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini kepada PAS bulat-bulat. Seolah-olah PAS ini kabinet UMNO dalam hal-hal agama. Sedangkan UMNO membuat musuh kepada PAS. Tetapi dalam bab hukum Hudud UMNO seperti mahu PAS sahaja yang terlibat. Pas sudah cuba sedaya yang mungkin untuk memberi penerangan kepada non-muslim tentang hukum hudud namun ianya masih terbatas kerana PAS bukanlah sebuah parti yang mampu buat seperti mana UMNO mampu buat.

UMNO mampu mempromosi Janji ditepati yang langsung tidak berfaedah itu sehingga berpuluh-puluh juta nilainya. UMNO pernah memberi penerangan apa itu wawasan 2020, apa itu Islam Hadhari namun apakah UMNO pernah mengeluarkan bajet untuk memberi penerangan apa itu hudud. Mengapa hukum Hudud tidak dipromosi sedemikian rupa. Aku berpendapat, kerana "bakhilnnya" UMNO untuk projek penerangan tentang hukum hududlah yang menjadi penyebab masih ada yang tidak faham dan sanggup mempersendakan hukum hudud ini.

Jika UMNO yang menjadi Parti Pemerintah tidak mampu untuk memberi penerangan tentang hukum hudud, apa guna majlis mufti dan majlis agama. Susahkan untuk adakan satu slot ditv tentang hudud dan ceramah-ceramah ke kawasasan-kawasan tertentu untuk memberi penerangan tentang hukum hudud yang sebenar. Kenapa sehingga ke hari ini filem tentang hudud tidak dipertengahkan? Masyarakat hari ini begitu kenal dengan K-POP berbanding hukum hudud.

Oleh yang demikian, maka aku berpendapat, untuk menyelamatkan negara ini, maka UMNO harus menjadi parti Pembangkang kerana gerak kerja UMNO lebih kepada gerak kerja pembangkang. Bezanya UMNO lebih bermewah berbangding Pakatan Rakyat.

Maka aku sandarkan segala kesalah ini kepada UMNO dan aku berharap PRU 13 nanti UMNO menjadi sebuah parti pembangkang yang baik. Harapan aku pula kepada Pakatan Rakyat akan terus memberi penerangan yang menyeluruh kepada seluruh rakyat Malaysia walaupun masih belum bergelar Kerajaan agar pada PRU 13 ini rakyat akan memilih Pakatan Rakyat yang menjadi sumber rujukan dalam semua hal dan perkara.

Dan sesungguhnya, hukum hudud itu tersangat indah untuk diguna pakai didunia ini kepada muslim dan juga non-muslim. Jika ada pembaca non-muslim, semoga anda membaca apakah hukum Hudud yang sebenar. Aku yakin dan percaya, jika anda memahami hukum Hudud, anda sendiri akan memilih untuk menyokong hukum Hudud. - JH

Demo LoNie : Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa lillahil Hamd. Selamat Hariraya Aidil Adha buat semua . Kullu 'Am Wa Antum Bikhair.. Taqabbala Allahu Udhiyatana Wa 'amalina.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular