BUKTI.... Rudy menunjukkan dua set dokumen warga asing yang mendapat MyKad dan yang satu lagi warga tempatan tidak diluluskan permohonannya untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri.
Oleh : MUTALIB M.D
PENANGKAPAN dua rakyat Malaysia, Rafik Mohammed Aaref and Mohammed Razin Shaaban di Beirut, Lebanon beberapa hari lalu atas tuduhan terlibat dengan kegiatan Al-Qaeda setelah direkrut oleh Mustapha Mansour di Malaysia sejak 2007; sewajarnya membuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menubuhkan Tribunal Khas Dalaman untuk menyiasat isu kerakyatan songsang di Sabah; tanpa menunggu siasatan Panel RCI.
Segala penafian dan teka-teki Hishamuddin semakin terjawab dengan pendedahan terbaru yang dibuat oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat, Rudy Sulaiman Mairi, berhubung kerakyatan 'sonsang' seorang warga Pakistan, Ihsan Ullah Said Ghani kerana melibatkan kelulusan menteri berkenaan sendiri.
"Rakyat Sabah inginkan penjelasan bagaimana Ihsan Ullah boleh mendapat kerakyatan Malaysia dalam masa tidak sampai satu tahun setelah memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan. Tidak mustahil jika Ihsanullah sebahagian rangkaian Al-Qaeda kelak?"
Menurut Rudy, Ihsan Ullah meninggalkan Lapangan Terbang Karachi, Pakistan pada 13 Jun 2010 setelah Pesuruhjaya Malaysia di Islamabad meluluskan Single Entry Visa selama 3 bulan bermula 18 Mei 2010 sehingga 17 Ogos 2010 dan beliau tiba di Sabah pada 14 Jun 2010.
PASPORT.....Pasport Pakistan yang dikeluarkan kepada Ihsan Ullah pada 4 Mac 2010.
PASPORT.....Pasport Pakistan yang dikeluarkan kepada Ihsan Ullah pada 4 Mac 2010.
VISA....Single Entry Visa yang dikeluarkan Pesuruhjaya Malaysia di Karachi, Pakistan.
"Undag-undang apa yang digunakan untuk meluluskan kerakyatan segera Malaysia kepada warga Pakistan ini dalam masa yang begitu singkat, tanpa melalui saringan?" tanya Rudy yang menunjukkan surat kelulusan warganegara Malaysia yang dianugerahkan kepada Warga Pakistan itu dan ditandatangani oleh Hishamuddin sendiri; berbanding rakyat Sarawak yang terpaksa meunggu selama lebih 30 tahun untuk mendapat Permit Masuk (PR) sebagai rakyat Sabah.
Tanya Rudy lagi, apakah ini Modus Operandi baru memberi kerakyatan segera kepada warga asing yang mendapat MyKad Projek Mahathir untuk membawa anak isteri mereka daripada negara asal berdasarkan 'Loop Holes' yang boleh dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan?
Jika Modus Operandi ini berleluasa, maka kata Rudy, 3.1 juta Warga Asing yang mendapat kerakyatan songsang di Malaysia (1.7 juta berada di Sabah) akan meningkat secara mendadak kerana jika setiap keluarga membawa masuk lima hingga enam anak yang berusia di bawah 21 tahun, maka jumlah rakyat 'Malaysia' yang mendapat kerakyatan songsang akan bertambah lima kali ganda.
Kata Rudy, Hishamuddin adalah antara Menteri Kabinet paling lantang menafikan isu kerakyatan songsang sekalipun Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing mengemukakan memorandum dan Panel RCI hanya ditubuhkan setelah Bumburing dan rakannya Ahli Parlimen Malaysia (Beaufort) Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin meletakkan jawatan dan keluar daripada Barisan Nasional.
"Kita ingin tahu tongkat sakti apa yang Hishamuddin pakai bagi membolehkan beliau meluluskan Taraf Warganegara Malaysia kepada Ihsan Ullah yang dilahirkan di Buner, Pakistan pada 5 Januari 1993; sedangkan ratusan ribu Anak Jati Sabah masih menjadi pelarian di negeri sendiri?," tanya Rudy.
Kata Rudy, beliau amat hairan kerana Pas Lawatan Ihsan Ullah tamat tempoh sejak masuk ke Malaysia pada 14 Jun 2010 dan tinggal secara 'haram' di Malaysia, sehinggalah Menteri Dalam Negeri melalui surat Bil KDN (S) 158/560/2/2-90933 (7) bertarikh 16 Disember 2011, yang dialamatkan kepada bapa pemohon, Said Ghani Bin Abdul Nabi memaklumkan anaknya Ihsan Ullah telah dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia.
Tegas Rudy, mengikut Pas Lawatan Sementara IMM13 PA 0622787 IMM13 (rujukan BVP/PLS/12011-51642) dikeluarkan pada 12 Ogos 2011 oleh Pejabat Imigresen Keningau dengan bayaran RM110 yang dilekatkan di pasport Pakistannya; Ihsan Ullah dibenarkan berada di Sabah dan Semenanjung Malaysia sehingga 6 September 2012 atas dasar Anak kepada warganegara berhubung Sabah, Said Ghani Bin Abdul Nabi Kad Pengenalan 560806-12-5175 (H0480263) selaras kelulusan dalam mesyuarat JKTPV Bil 08 Tahun 2010 pada 06.09.2010.
Kata Rudy lagi, dalam pas lawatannya PC2299064 bertarikh 29 Ogos 2012, Ihsan Ullah dibenarkan tinggal di Malaysia sehingga 06 September 2013 sedangkan dalam masa yang sama beliau memiliki Mykad bernombor 930105-76-5095. Jika sudah ada MyKad, kenapa harus memperbaharui PLS lagi?
Mengikut semakannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara, kata Rudy, MyKad Ihsan Ullah dikeluarkan pada 12 Oktober 2012 sedangkan dalam masa yang sama Ihsan Ullah masih memegang PLS dan Pasport Pakistan.
"Apa istimewanya warga Pakistan dan Filipina kerana mereka tidak perlu ke luar negara untuk memperbaharui Visa atau PLS mereka kerana ada orang tengah yang mempunyai hubungan dengan Jabatan Imigresen boleh 'menerbangkan' pasport mereka untuk dicop keluar di Merapok Sarawak sebelum cop masuk kembali melalui pintu imigresen yang sama," kata Rudy sedangkan pada hakikatnya, Kedutaan Pakistan yang terdekat ialah di Brunei, bukannya Sarawak.
Rudy menegaskan beliau agak terkejut kerana Permohonan MyKad Ihsan Ullah dibuat bapanya melalui Permohonan 12071012-20121022-102629-52 di Jabatan Pendaftaran Kota Kinabalu (WG12004834) pada 23 Julai 2012 telah diserahkan pada 22 Oktober 2012 berdasarkan kelulusan kewarganegaraan oleh KDN pada 16 Disember 2011.
Tegas Rudy lagi, Ihsan Ullah memegang Pasport Pakistan DA2740721 yang dikeluarkan pada 4 Mac 2010 dan masih berkuatkuasa sehingga 4 Mac 2015 iaitu memegang kerakyatan dua negara.
"Jika Hishamuddin mahu tahu atau berpura-pura tidak tahu sebelum ini, bapa Ihsanullah ialah pemegang IC Projek Mahathir yang dikeluarkan pada 1991 kerana kad pengenalan lamanya bernombor H0480263 dan kini memegang MyKad bernombor 560806-12-5175," kata Rudy yang merujuk nombor siri berkenaan terdapat di Muka Surat 257, buku IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir? (Bab Ops Gembling @ X-Files).
Kini sudah jelas kata Rudy, bapa Ihsan Ullah adalah Warganegara Pakistan yang diberi kerakyatan songsang melalui Ops Gembling sekalipun memegang kod kelahiran 12 iaitu di Sabah berbanding Ihsanullah 76 iaitu di Pakistan.
Warga Pakistan yang mendapat kerakyatan songsang seperti Said Ghani Bin Abdul Nabi dan sudah pastinya telah direkrut sebagai pengundi tegar BN, seperti cabutan rekod SPR berikut;
"Setelah mereka mendapat kerakyatan Sabah, maka mereka menyalahgunakan kelonggaran undang-undang di bawah Perkara 15 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu Permohonan Taraf Kewarganegaraan bagi Anak Kepada Warganegara Yang Berumur Kurang Daripada 21 Tahun untuk membawa anak mereka dari Pakistan menjadi warganegara Malaysia," kata Rudy yang meminta pembaca Sabahkini.net merujuk ke link berikut.
Sehubungan itu tegas Rudy, beliau terkesima apabila bukti berada di hadapan mata setelah Ihsan Ullah yang berusia 19 tahun telah diluluskan kerakyatan Malaysia ketika beliau masih berada di Pakistan dan mendapat kerakyatan tanpa saringan keselamatan yang ketat.
PERMOHONAN......Begitu mudah Warga Asing yang mendapat kerakyatan songsang memohon MyKad untuk anak mereka yang berada di Pakistan dan diluluskan dalam masa yang singkat.
MYKAD.....Bertuahnya Ihsan Ullah kerana permohonan Mykadnya diluluskan JPN pada 12 Oktober 2012 dalam masa tidak sampai setahun selepas Hishamuddin meluluskan kewarganegaraannya.
BELAKANG.....Salinan muka belakang MyKadnya bernombor 930105-76-5095 yang tiba 10 hari sahaja selepas JPN meluluskannya.
PLS......Pas lawatan sementara ini dikeluarkan kepada Ihsan Ullah berdasarkan taraf kerakyatan bapanya sebagai Warganegara Sabah berakhir pada 6 September 2012.
MYKAD.....Bertuahnya Ihsan Ullah kerana permohonan Mykadnya diluluskan JPN pada 12 Oktober 2012 dalam masa tidak sampai setahun selepas Hishamuddin meluluskan kewarganegaraannya.
PLS......Pas lawatan sementara ini dikeluarkan kepada Ihsan Ullah berdasarkan taraf kerakyatan bapanya sebagai Warganegara Sabah berakhir pada 6 September 2012.
LUCU..... Pas Lawatan ini dikeluarkan 29 Ogos 2012 dan tamat tempoh pada 6 September 2013 sedangkan dalam masa yang sama Ihsan Ullah telah memegang MyKad.
Dengan jumlah anggaran 60,000 warga Pakistan yang mendapat kerakyatan Malaysia dan diberi kad pengenalan yang dikeluarkan JPN Sabah, maka tidak hairan jika mereka akan membawa masuk lebih 500,000 anak-anak dan isteri mereka ke Sabah melalui Fasal 15 (1) dan 15 (2) Perlembagaan Persekutuan.
Dengan jumlah anggaran 60,000 warga Pakistan yang mendapat kerakyatan Malaysia dan diberi kad pengenalan yang dikeluarkan JPN Sabah, maka tidak hairan jika mereka akan membawa masuk lebih 500,000 anak-anak dan isteri mereka ke Sabah melalui Fasal 15 (1) dan 15 (2) Perlembagaan Persekutuan.
Rudy menegaskan bahawa adalah lebih wajar jikalau kerajaan melakukan penyiasatan ke atas perkara tersebut secepat mungkin kerana dipercayai telah berleluasa di negeri, termasuk di seluruh pelusuk pedalaman.
ORANG KITA.....Agak menghairankan setelah Orang Sabah dilantik sebagai Pengarah Imigresen, perkara sebegini boleh berlaku. Warga asing bebas keluar masuk dan menetap di Sabah sedangkan mereka menggunakan 'Pasport Terbang'.
Dalam pada itu, satu perkembangan berasingan, Rudy turut terkilan dengan sikap tidak bertanggung jawab Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menolak permohonan Junis bin Amat @ Akucai, 48, suku kaum Murut untuk mendapat dokumen pengenalan diri untuk 4 orang anaknya.
Tegas Rudy lagi, Junis telah beberapa kali mengajukan masalahnya ke pihak atasan JPN namun alasan yang diberi amat mengecewakannya iaitu JPN mendakwa Junis berkahwin dengan orang asing; sedang mengikut amalan undang-undang yang sedia ada, kes sebegini tidak menjadi masalah atau kekangan bagi permohonan Junis untuk diluluskan .
Dalam pada itu, Junis ketika ditemui, masih dalam kebingungan memikirkan malang yang menimpa keluarganya kerana anak sulungnya, Azman yang dilahirkan tahun 1998 akan menghadapi PMR; anak keduanya Aznil lahir pada 1999, anak ketiga Aishawati dan Asyikah juga akan menghadapi masalah yang sama.
PAK KADOK.....Malang sekali keluarga Junis seperti Pak Kadok, menang sorak, tetapi kampung tergadai apabila menghadapi kesulitan mendaftar Mykad dan Sijil Lahir untuk empat orang anaknya.
Junis yang seolah-olah pasrah dengan keadaan itu, kini tidak langsung bersemangat apabila memikirkan bahawa besar kemungkinan masa depan persekolahan anaknya akan terjejas sekiranya JPN masih berdegil untuk tidak meluluskan dokumen pengenalan diri mereka.
“Apakan daya saya seorang kerdil, miskin dan tidak berupaya. Tiada apa yang saya dapat lakukan dan berbeza pula dengan orang yang berharta dan punya wang yang banyak, dokumen boleh diurus dengan sekelip mata,” keluh Junis sambil menitis air matanya kesalnya.
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment