Thursday, November 1, 2012

Panas!! Najib Terlupa kat Negeri Zambry


55 tahun tanpa elektrik, air... Najib Terlupa untuk bekal "TONG AIR 1Malaysia"

Penduduk Kuala Sangga menggunakan tong-tong atau tangki air menyimpan air hujan untuk kegunaan harian.

TAIPING – Seramai 20 keluarga di Kuala Sangga, Kuala Sepetang menanti bekalan air bersih dan elektrik sejak 55 tahun lalu.

Adun Kuala Sepetang, Tai Sing Ng berkata, penduduk Kuala Sangga terpaksa menggunakan tong atau tangki air untuk menyimpan air hujan bagi kegunaan harian mereka.

Menurutnya, air minuman pula dibeli dan dibawa oleh bot nelayan dari Kuala Sepetang manakala bagi bekalan elektrik pula, penduduk bergantung kepada penjana elektrik milik persendirian.

"Sejak sekian lama penduduk Kuala Sangga bertahan tanpa ada bekalan air bersih dan elektrik, oleh itu, usaha perlu dilakukan bagi membantu mereka.

"Pulau Kuala Sangga yang berada dalam Dun Kuala Sepetang adalah salah satu pulau yang terpinggir kerana ketiadaan bekalan air dan elektrik,” katanya selepas melawat kampung berkenaan, di sini semalam.

Sing Ng berkata, pada 2008, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memperuntukkan sebanyak RM 25,000 bagi memasang sebuah penjana elektrik besar khusus untuk kegunaan seluruh kampung Kuala Sangga.

Namun kini, jelasnya, penjana tersebut tidak dapat membekalkan jumlah elektrik yang mencukupi kerana penduduk semakin bertambah.

“Setiap keluarga perlu membelanjakan RM100 hingga RM 200 sebulan bagi membeli minyak diesel untuk kegunaan penjana elektrik sendirian.

“Oleh itu, saya cadangkan Exco Kerajaan Negeri datang ke sini untuk memahami dan menghayati kehidupan harian pulau terpinggir ini," katanya.

Selain itu, kata beliau, penduduk turut berjanji kepada Kerajaan Negeri jika mereka sanggup membekalkan air percuma kepada Kuala Sangga, penduduk sanggup menampung kos pemindahan air tersebut.

Sementara itu, Penyelaras Dun Kuala Sepetang, Datuk See Tean Seng berkata, Kuala Sangga adalah satu pulau yang masih berada di bawah hak milik Jabatan Hutan.

“Oleh itu, kita masih belum dapat membantu penduduk setempat untuk mendapatkan bekalan air bersih dan elektrik.

"Jika pihak Jabatan Hutan sanggup menyerahkan hak milik tanah itu kepada Pejabat Daerah dan Tanah mungkin sesuatu boleh dilakukan untuk membantu penduduk," katanya.

Kata beliau, apabila melibatkan soal status tanah, akan menimbulkan sedikit masalah dan sekali gus membataskan pihaknya untuk melakukan sesuatu.

Katanya, ketika ini penduduk kawasan Kuala Sangga juga tidak begitu ramai berbanding sebelum ini.

“Keadaan itu juga menyebabkan kami perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum sebarang pelaksanaan dilakukan.

"Kedudukan pulau berkenaan dari tanah besar juga agak jauh menyebabkan banyak perkara harus difikirkan," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, sehingga kini kawasan berkenaan juga telah berubah termasuk dengan adanya pembinaan sekolah. SH

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular