Friday, November 2, 2012

Panas!! Tangguh AES : Lagi tembelang kerajaan pecah


KUALA LUMPUR 1 November: Persetujuan Ahli Parlimen BN supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguh kerana rahsia kerajaan memberi keuntungan kepada kroni terbongkar, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
“Ini adalah hasil tekanan kita (Pakatan Rakyat) yang mendesak pembatalan AES kerana memberi keuntungan kepada kroni. Akibatnya mereka rasa bahang kepanasan itu dan tembelang semakin terbongkar. Itulah menyebabkan mereka beramai-ramai setuju untuk tangguhkan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Semalam, Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, pelaksanaan AES dibuat secara mendadak tanpa mendapat pandangan orang ramai dan pakar berkaitan keselamatan jalan raya.

Sebelum itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan menangguhkan AES yang didapati terlalu banyak kelemahan dalam pelan pelaksanaannya dan perlu diatasi, antaranya, lokasi serta had laju praktikal sesebuah kawasan.

“Jelas, kerajaan tidak konsisten, sebelum ini cakap AES bertujuan untuk keselamatan rakyat. Kalau betul mementingkan keselamatan rakyat, kenapa boleh berubah keputusan?” soal Azan.

“Hentikanlah alasan kononnya kerajaan bantu rakyat, sedangkan dari awal mereka tidak jujur, memang dah tahu tujuan AES hanya untuk mengagihkan keuntungan antara kroni,” kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu.

Sebelum ini, semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat sepakat untuk menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian dijalankan mengenainya.

Tembelang Sebelum ni baca SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular