Monday, October 29, 2012

GEMPAR BERAPI : RUMAH DHAIF DI NEGERI MAJU??

Sebuah rumah dhaif di negeri Maju, apa gunanya kutipan zakat negeri Melaka sebanyak RM20,431,308.16 pada tahun ini?
Kemana perginya Ketua Menteri yang dikhabarkan mengawinkan anaknya beratus ribu tetapi kebajikan dinegeri sendiri tidak terjaga??Banyak persoalan yang ditimbulkan berikutan status negeri maju yang dikecapi oleh Melaka.Persoalan yang hanya layak dijawab oleh pemimpin negeri Melaka itu sendiri.

Kepada pemimpin-pemimpin BN terutama UMNO,jangan hanya menyalahkan negeri lain yang dikatakan terlalu miskin dan hanya BN sahaja yang boleh mengubahnya. Negeri dibawah BN yang diterajui oleh UMNO menunjukkan apa yang dikatakan terhadap Kelantan selama ini terkena diri sendiri. Ini yang hanya dipaparkan, yang tidak dilaporkan di media kemungkinan banyak lagi..Adakah pemimpin sekarang hanya gilakan kuasa tanpa memikirkan nasib rakyat??

Pemberian BRIM oleh kerajaan memang dialukan untuk meringankan beban rakyat, tetapi setakat mana keberkesanan pemberian terbabit?Adakah cerdik pandai didalam kerajaan tidak memikirkan tentang keperluan dan kehendak rakyat??Rakyat perlukan rumah, pekerjaan dan pengangkutan yang murah yang hanya ditawarkan oleh Pakatan Rakyat sahaja di dalam manifestonya

Kesimpulannya, jangan hanya menunding jari kepada negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat sahaja dengan mengatakan miskin dan tidak mampu berdikari, sebaliknya lihat negeri sendiri..Adakah lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat??Anda ada akal, anda dapat fikirkannya. Sumber

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular