Kementerian berkenaan mendedahkan demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun semalam.
PNB sebelum ini telah menafikan dakwaan aktivis warisan, Teoh Chee Keong bahawa ketinggian menara itu akan ditambah kepada kira-kira 120 tingkat.
Jawapan bertulis itu juga mengesahkan bahawa projek ini akan melibatkan pengambilalihan tanah swasta sekitar tapak menara serta tanah kerajaan bagi projek tersebut, serta pembinaan jalan akses tambahan.
Sekali lagi, ini bercanggah dengan penafian PNB bahawa tiada tanah swasta yang akan terlibat - Mk
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment