Sunday, October 28, 2012

ALLah Taala Maha Kaya: Sistem saman AES adalah menifestasi kemunafikan manusia.

Assalaamualaikum.
Manusia memang suka berbuat tanpa berfikir. Mereka suka membuat sesuatu tanpa menggunakan otak yang normal. Tidak hairanlah kalau ALLah sering menempelak manusia sebagai haiwan melata.

ALLah Maha Tahu. Demikian sifatNya al-‘Aalimun. Dia mengetahui hal ehwal manusia maka dia mewajibkan hukumNya. Dia mengetahui manusia adalah makhluk yangg sering engkar dalam hubungan seks dan pemilikan harat, maka diwajibkanNya hudud. Manusia sering engkar dalam penjagaan nyawa maka diwajibkanNya qisas.

Namun manusia memang makhluk yang lupa daratan, engkar dan berotak sempit. Ditentangnya hukum ALLah, diciptanya hukum sendiri dan diamalkannya setanding hukum ALLah Taala.

Hudud dikatakan hukum primitif. Hudud dikatakan tidak sesuai di Malaysia. Malah ALLah mengatakan hudud adalah hukum pencegahan dgn tujuan mendidik melalui rasa takut, ditolak mentah-mentah malah dikatakan hukum yang melanggar hak asasi manusia untuk mencuri yang sangat kejam, hukum pemaksaan bukan hukum mendidik.

Hubaya2...

Betapa munafiknya manusia. Oh jangan kata munafik, itu sudah menghukum. Hanya ALLah yang berhak menghukum, kata mereka. Oke2 pak nur gunapakai kalimat hipokrit, kalimat ciptaan pendukung sekular tegar tahap gaban.

Rakyat suka memandu laju. Rakyat suka racing dalam memandu. Maka banyaknya kemalangan. Kerajaan dah banyak mengajar rakyat betapa bahayanya memandu laju atau meracing bak kata mat rempit. Maka rakyat sangat engkar kepada ajaran kerajaan sama seperti engkarnya manusia kepada perintah ALLah. Maka kerajaan akan mengambil langkah menyaman rakyat yang memandu laju.

Maka dibuanglah wang Rm120,000.00 untuk membeli sebuah kamera AES. Sebuah berharga Rm120,000? Kalau dah 10,000 unit berapa. Congaklah sendiri malas pak nur nak congak, buang masa.

Maka diletaklah di jalan-jalan yang disukai kerajaan. Kalau ditempat yang sering berlaku kemalangan okelah juga tetapi ini ada yang dipasang ditempat lalu lalang utam. Dan yang tak masuk akal manusia ia diletak ditempat had laju 30Km/jam. Ertinya jika pemandu memandu 31Km/jam, kenalah saman Rm300.00. Ini bererti mengikut kepala akal kerajaan, 31Km/jam adalah had yang sangat merbahaya untuk memandu, dan had yang selamat ialah 30Km/jam. Bayangkan Proton Persona bergerak 30Km/jam, memang tak masuk akal otak.
Kerajaan berkata, saman menyaman ssitem AES bukanlah sistem yang kejam, bukanlah sistem untuk mengaut reta benda rakyat, tetapi untuk mendidik rakyat supaya jangan memandu laju. Ya3, dalam masa sehari kerajaan mengaut lebih Rm100,000 diseluruh negara dengan saman sistem AES, perggghhh kayo den.

La pulak daaahhh...

Hudud untuk mengerat tangan pencuri harta orang. Sebat untuk yang tidak memelihara kemaluan. Namun ALLah Taala kata pencegahan untuk tujuan pendidikan, dikata kejam, dikata zalim dan dikata melanggar hak asassi manusia. Nah, menyaman pemandu laju dan dikapornya Rm300.00 malah lebih, dikata mendidik. Malah ada laporan jika saman tidak dibayar dalam masa 7 hari, pemandu itu akan diseret ke dalam lockup.

Hubaya3...

Demikian munafiknya manusia...

Kalimat hipokrit dah tak sesuai lagi. Maka lebih baik kalimat munafik digunapakai. Kerana munafik itu kalimat dari ALLah Taala sedang hipokrit kalimat manusia. Munafik mengatakan hukum ALLah adalah kejam bukan mendidik, tetapi mengatakan hukum saman AES adalah mendidik dengan cara mangaut reta benda rakyat dan mengancam untuk mengurung rakyat jika saman tidak dibayar dalam masa seminggu.

Fikir2 renung2 dan senyum2. 


Demo LoNie : Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa lillahil Hamd. Selamat Hariraya Aidil Adha buat semua . Kullu 'Am Wa Antum Bikhair.. Taqabbala Allahu Udhiyatana Wa 'amalina.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular