Wednesday, October 31, 2012

AES : Anda kena SAMAN? Pakatan Rakyat sedia hulur bantuan

Mahfuz Omar
AES: PR sedia peguam, hargai pendirian Pemuda Umno
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyatakan kesediaan mereka menyediakan khidmat peguam kepada penerima-penerima saman yang berpunca daripada pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, penerima saman AES bermula 13 Oktober lalu diminta tidak membuat bayaran kompaun yang dikenakan sebanyak RM300 selepas tarikh pembayaran.

Menurutnya, penerima saman akan diberi pembelaan melalui peguam yang disediakan oleh Pas dan PR jika mereka dibawa ke mahkamah.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, pertubuhan Kempen Anti Saman Ekor (Kase) dan PR turut mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Umno yang bersama menggesa kerajaan supaya menangguhkan pelaksanaan AES.

"Kita akan sediakan peguam di seluruh Malaysia untuk membantu penerima saman (AES) yang pergi menghadiri perbicaraan di mahkamah.

"Kita minta penerima saman tidak membayar saman AES sebanyak RM300 dan hadir ke mahkamah, kalau bernasib baik mereka tak perlu bayar langsung kepada syarikat yang mahu kaut keuntungan.

"Kita juga nak ucap terima kasih kepada Pemuda Umno yang turut bersama kita gesa kerajaan supaya menangguhkan pemasangan AES walaupun mereka bertindak lambat," katanya kepada sidang media di lobi Parlimen hari ini, di sini.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyatakan pihaknya sebulat suara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian menyeluruh dilakukan.

Khairy berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, pelaksanaan AES itu meragukan dan lokasinya juga tidak sesuai. SH

MAKLUMAN : Kepada sesiapa yang menerima SAMAN AES drpd JPJ..... kami minta supaya jangan bayar kompaun RM300.... Sila hadir ke Mahkamah pada tarikh yang telah dinyatakan di dalam Saman & kami akan memberikan khidmat guaman kpd anda semua...

sila hubungi kami melalui inbox mesej atau melalui email kempenantisamanekor@gmail.com beserta salinan saman utk rekod...


Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular