Wednesday, October 31, 2012

Baru kini Ku tahu selama ini BN Bertanggungjawab atas semua "Kemalangan Maut"

AES
Kat mana-mana pun boleh berlaku kemalangan maut...janganlah bagi alasan yang nampak sangat KURANG BIJAKnya sebab nak menghalalkan cara memeras rakyat...adoyaiiii

P/S : Ingat UMNO teringat kata-kata Tun M...yang tak cerdik jer yang masuk UMNO...kesimpulannya ingat jer umno teringat pengikutnya yg bodoh...kuikuikui-Pakatan Rakyat Supporters

AES: BBCBN mahu PR tanggungjawab kalau ada kemalangan maut
KUALA LUMPUR - Keempat-empat negeri Pakatan Rakyat (PR) yang meminta penangguhan pelaksanaan Sistem Pengkuatkuasaan Automatik (AES) harus sedia menggalas beban yang diletakkan ke atas bahu mereka sekiranya berlaku kemalangan di mana-mana lokasi yang sepatutnya boleh dihindari dengan penggunaan kaedah itu.

Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, "saya kecewa (PR minta tangguh), sebab pada saya, ini cara yang terbaik di seluruh dunia guna sistem yang sama."

"Saya katakan kalau mereka tidak benarkan AES dipasang di negeri-negeri mereka, jika ada kematian berlaku dan kematian ini dapat dihindarkan dengan menggunakan AES, saya hendak katakan kematian itu disebabkan oleh mereka.

"Saya hendak beritahu kepada mereka, kalau ada anak orang Pulau Pinang mereka terlanggar atau kereta orang yang membuat salah berlanggar dengan kereta yang tidak bersalah kemudian mati, saya hendak beritahu kepada keluarga itu, ini kerana keengganan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menghargai nyawa orang yang tersayang," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, Sabah kepada Sinar Harian Online.

Empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan sepakat untuk menangguhkan pemasangan AES.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.

"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," kata beliau yang juga Setiausaha Agung DAP kelmarin.

Semalam, Pemuda Umno turut bersuara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian menyeluruh dilakukan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional.

Selain Pemuda Umno, Cuepacs juga menggesa kerajaan untuk mengkaji semula sistem AES ini.

AES merupakan sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.

Kamera ini boleh merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. SH

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular