Ini video nya. Video yang dikatakan Nurul Izzah sokong murtad. Dan sokong LGBT. Aku dah tengok 3 kali. In order untuk mendapatkan kenyataan yang betul dan memahami apa sebenarnya yang Nurul Izzah cuba gambarkan.
Aku tak nampak apa2 kenyataan yang Nurul Izzah cakapkan tue salah. Apa yang salah bila nurul izzah cakap bahawa sesiapa pun berhak menyuarakan apa2 yang dia rasa seiringan dengan peraturan dalam perlembagaan negara?
Apa yang salahnya bila nurul izzah cakap bahawa islam bukan agama yang suka mencerobohi privacy orang?
Apa yang salahnya bila nurul izzah cakap bahawa sesiapa pun berhak mempercayai dan mengamalkan apa2 kepercayaan yang mereka yakini?
Semua ini sesuai dan bahkan tertakluk dalam perlembagaan. Apa yang nurul izzah sampaikan itu sebenarnya seiringan dengan apa yang terdapat dalam undang2 negara.
Nurul Izzah tidak bercakap luar context or mencabar apa2 undang2 dan perlembagaan. Jika sesiapa tidak boleh menerima kenyataan nurul izzah maka kepada perlembagaan la dia ubah.
Bukan pemikiran nurul izzah mahupun pemikiran aku. Kerana kami bercakap apa yang wujud dalam perlembagaan negara.
Itu satu.
Bab LGBT. Betul juga pandangan nurul izzah. LGBT yang tertayang or dipromosikan secara terbuka memang la harus diperangi. Tetapi LGBT yang sorok2, sembunyik2 mana boleh kita ceroboh.
Contohnya seseorang yang berkecenderungan gay, dia sorok2, diam2, tutup2, sembunyik2, adakah patut kita search satu negara semata2 nak hukum bunuh seme LGBT? SIapa kita nak hukum manusia sampai macam neh?
Dia masih ada masa. Selagi dia hidup tak siapa tahu jika dia akan berubah dan bertaubat. Cukupla.. asalkan dia tidak mempromosi, mendorong dan menghasut orang untuk jadi LGBT seperti dia. Biarkan dia dan privacy dia. Kita tidak perlu terlalu menyemak sampai ke dalam ruang privacy mana2 individu sekalipun. Itu bukan konsep yang betul dalam prinsip islam.
Ini la yang nurul izzah cuba gambarkan. Apa yang silapnya?
Yang kedua.
Bila nurul izzah diajukan adalah prinsip mempercayai apa2 kepercayaan / agama terpakai untuk melayu.
If you ask me i will say yes too. Inilah pandangan aku. Bagi aku seseorang tidak patut di anggap muslim hanya semata2 dia berbangsa melayu. Baiklah. Ada hujah cakap begini. Tidak kah anda suka asalkan melayu anda confirm muslim? Akidah terpelihara.
Aku suka. Nampak macam cantik dan indah. Tapi sayangnya memaksa seseorang untuk mengamalkan apa2 kepercayaan itu salah. Dan lebih salah lagi apabila kita memaksa dia untuk mempercayai sesuatu hanya berdasarkan kepada status bangsa yang dia pegang.
Ini lah sebenarnya key point nurul izzah. Bukan dia cakap sesiapa yang muslim boleh murtad dan harus dibiarkan begitu bahkan kita tak boleh perangi mereka. Bukan.
Walaupun pada hakikatnya itu yang sedang berlaku di malaysia. Ada ramai orang murtad. Aku tahu. Ko tahu. Kita seme tahu. Tetapi mereka2 yang murtad ini tidak di atur dengan betul. Maksud di atur dengan betul ialah mereka tidak "di uruskan" sesuai dengan apa yang digagaskan dalam islam.
Untuk perangi orang murtad kita kena tarbiah mereka. Bukan pergi hukum bunuh terus. Ia mungkin makan masa. Tak kira la berapa lama. Bunuh itu jalan terakhir bukan jalan pertama.
Tetapi individu bagaimana yang harus dilabel murtad? Adakah individu yang lahir dari keluarga murtad layak dicop murtad?
Adakah individu yang mana ibu or bapa or kedua2 nya ada keturunan melayu then mereka murtad lalu menghasilkan anak2 yang tidak menjalani kehidupan islam juga harus di anggap murtad sekali?
Hanya semata2 anak2 ini berbangsa melayu? Ini satu paksaan. Jika ko tanya aku maka aku cakap ini satu paksaan. Anak2 ini dari awal lagi tatau apa2. Kerajaan tidak pernah meletakkan apa2 garis panduan untuk memerangi yang murtad. Jika kerajaan perangi mereka, apa mereka berkemungkinan menghasilkan anak2?
Apa anak2 ini berkemungkinan berkecenderungan untuk pilih agama lain selain dari islam?
Apa anak2 ini berkecenderungan untuk memberontak apabila terpaksa memilih islam semata2 kerana berketurunan melayu or separuh melayu?
Apa anak2 ini berkecenderungan untuk mendatangkan fitnah ke atas islam apabila dalam ic mereka tertulis islam sedangkan mereka tidak pernah mahu kepada islam tetapi terpaksa entitle to islam disebabkan melayu?
Disini la patutnya melayu itu melayu dan melayu itu tidak patut dipaksa menganuti islam.
Jika melayu itu mahu kepada islam, maka biarla. Jika melayu itu tidak mahu kepada islam maka hormatilah dia. Melayu2 ini tidak boleh di anggap murtad kerana lahir dari keluarga yang bukan islam apabila kedua2 ibu bapa mereka telah murtad, or ibu dan bapa dia dah bercerai berai sehingga mendorong salah satu dari mereka untuk murtad dan mereka2 ini menjaga anak masing2 ikut kepercayaan baru.
Apabila kita memaksa seseorang menganuti islam hanya semata2 dia melayu itu dari awal lagi salah. Dia harus mencintai islam kerana islam bukan kerana dia melayu.
Dalam kubur nanti dia nak jawab macam mana? Aku islam sebab bangsa melayu?
Masalahnya di malaysia mereka yang tak melalui kehidupan seperti ini memang takan faham. Mereka takan faham apa perasan anak2 ini bila kedua2 ibu bapa mereka murtad. Anak2 ini tidak tahu apa2. Mereka memang melayu disebabkan nama dan ic yang tertera tetapi bila balik rumah mereka sembah benda lain.
Ibu bapa ajar perkara yang lain. Tak hantar pergi sekolah agama. Walaupun ada subjek agama tetapi buat2 belajar padahal tak faham apa. Ataupun terus hantar anak2 pergi sekolah bukan sekolah kebangsaan. Ataupun sekolah swasta. Ada yang lari keluar or ponteng kelas time kelas agama.
Anak2 ini menjadi mangsa kecelaruan akibat pegangan ibu bapa. Mereka membesar. Mereka sendiri tak terdidik dengan islam. Tahu2 jek masyarakat cop murtad sebab mereka melayu? Ini adil ke kepada mereka? Kalau tanya aku, aku cakap tak adil langsung.
Seseorang yang mahu kepada islam wajib menyakini islam. Bukan kerana bangsa. Oleh itu memang la tak relevant untuk terus memaksa melayu menganuti islam hanya semata2 dia melayu.
Video nurul izzah kat bawah neh. Ada editing sket oleh blogger umno. Dengar dan tonton boleh tetapi persepsi yang mereka serapkan tue pandai2 la tapis dan hadam sendiri. Oke bai.
Read more: Amenoworld.blogspot.com
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment