Seronok bila lihat pemimpin Umno cuba menjadi juara pembela agama atas isu ucapan YB Nurul Izzah Naib Presiden PKR di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu.
Nurul Izzah sudah menjelaskan apa maksud kenyataan beliau selepas timbulnya polimik ini. Beliau menjelaskan "sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam". Kenapa Umno terus bising. Tindakan yang dibuat oleh Nurul Izzah bertepatan dengan pepatah "Kembali kepada kebenaran lebih baik daripada kekal di dalam kebatilan".
Nurul bukan manusia yang degil seperti pemimpin Umno, walaupun salah dan ditegur mereka tidak menarik balik kenyataan mereka.
Persoalannya ucapan pimpinan Umno yang jelas merbahaya kepada akidah tidak pernah ditarik balik seperti kenyataan yang memperlekehkan hukum hudud. Terbaru Tun Dr Mahathir mengatakan Malaikat juga buat salah. Begitu juga kenyataan Najib yang mengatakan sindrom qiamullail sewaktu beliau sebagai Menteri Pelajaran.
Apabila Umno cuba hendak menunjuk juara pembela agama, semua makhluk yang waras akan ketawa dan senyum sinis.
Layakkah Umno hendak bercakap dan berlakon sebagai pembela agama.
Semua rakyat di negara ini makruf Umno hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Program agama hanya sekadar lepas batuk ditangga. Ceramah di televisyen hanya boleh bicara bab yang tidak menyentuh Islam yang syumul. Penceramah yang lantang akan digam. Umno mendirikan masjid, tapi bukan untuk memakmurkan masjid. Masjid mati sebelum ahli kariah mati. Ahli Jawatankuasa masjid dilantik bukan ahli masjid.
Umno terpaksa menunjuk juara pembela agama untuk raih sokongan orang Islam. - Idris hj Ahmad
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment