15 penumpang cemas bas rempuh treler
4 November 2012, IPOH - Berpantang maut sebelum ajal! Seramai 15 penumpang melalui detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki merempuh treler di Kilometer 305 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, awal pagi tadi.
Kemalangan itu berlaku kurang 24 jam selepas satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Negeri Sembilan, yang menyebabkan dua murid berusia 11 tahun bersama tiga guru selain pemandu bas cedera.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, bas ekspres dari Terengganu dalam perjalanan ke Ipoh merempuh belakang sebuah treler muatan tanah.
"Siasatan awal polis mendapati, bas yang dipandu pemandu berusia 55 tahun, hilang kawalan sebelum langgar belakang treler tersebut," katanya. SH
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment