Thursday, November 8, 2012

Berita Gempaqq!! Tiba2 "TIKUS" Berubah Rupa...???


Maka Bersuara lah Manusia2 yg selama ini MENIKUS dgn Chua Soi Lek 
Nurul Izzah Menyesatkan Orang Kata Harussani
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria juga tidak mahu melepaskan peluang berkaitan isu Nurul Izzah.

Mengulas isu berkenaan Selasa, beliau mahu tindakan tegas terhadap Nurul Izzah Anwar kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menyesatkan orang Melayu.

Mufti Perak menasihatkan Nurul Izzah supaya mendalami hukum Islam dan tidak bertindak sebagai `champion’ di atas pentas.

“Saya menasihati orang yang seperti Nurul Izzah ini supaya mendalami hukum-hukum Islam jangan bercakap tak tentu pasal nak jadi champion di atas pentas sedangkan dia sendiri tidak tahu tentang hukum Islam.

“Perbuatannya itu merosakkan Islam dan akan menyesatkan orang,’’ katanya.

Nurul Izzah telah menghadiri forum bertajuk Negara Islam:Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? - EkELEH.COM

Kenyataan Nurul Izzah Berbahaya Dan Mengelirukan - Jamil Khir
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama sebagai berbahaya dan mengelirukan.

Beliau berkata kenyataan sedemikian adalah tidak wajar kerana ia boleh mengelirukan penafsiran masyarakat dan umat Islam.

"Di dalam Perlembagaan negara telah termaktub bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan, dan setiap anak yang dilahirkan sebagai orang Islam maka dia itu kekal sebagai orang Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia yang turut dihadiri negeri yang diwakili pembangkang di sini, Isnin.

Malah, Jamil Khir berkata, ayat Al-Quran yang digunakan Nurul Izzah bagi menyokong kenyataan beliau semasa forum berkenaan adalah luar daripada konteks sebenarnya kerana ayat itu berkaitan dengan hal orang bukan Islam yang tidak boleh dipaksa dalam penerimaan agama Islam.

Di DUNGUN, Terengganu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata setiap umat Islam mempunyai kewajipan untuk memperkukuh akidah dan berpegang kepada ikatan agama Islam.

Beliau berkata sudah termaktub bahawa bila dikatakan orang Melayu ia bermakna dia orang Islam dan beragama Islam.

Apa yang penting bagi umat Islam ialah untuk memperkuat akidah supaya tidak terpesong dan dalam konteks kebebasan beragama di negara ini, bukanlah menjadi galakan kepada umat Islam untuk memeluk agama lain, katanya mengulas kenyataan Nurul Izzah.  - BERNAMA

Pas digesa beri pendirian
Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
SHAH ALAM - Pas digesa membuat pendirian berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu didakwa tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, kenyataan tersebut mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi kini dan generasi yang akan datang.

Menurutnya, mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius.

Namun beliau menegaskan, jika dilihat dari sudut aqidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam, kenyataan sedemikian ternyata bertentangan dengan ajaran sebenar agama Islam.

"Kita ingin melihat pimpinan tertinggi Pas terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kenyataan Nurul Izzah itu.

"Apakah mereka akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular?," katanya dalam satu kenyataan, semalam. - SH

Cabaran Hassan ALI .. Ini Ulasan Ringkas Dari TG Hj Hadi Awang dan TG Nik Aziz
"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama. "Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat. "Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," TG Nik Aziz

"Kita tidak mendapat gambaran sebenar. Saya tidak boleh buat kenyataan. Kita tidak boleh bergantung kepada laporan media kerana tak lengkap," .. Kemudian, wartawan cuba menjelaskan isi kenyataan Nurul Izzah itu, Abdul Hadi berkata: "Tidak boleh... Kita mesti baca sepenuhnya". "Kita kena detail, nak menghukum tak boleh"."Kita rasa kita banyak hal-hal lain yang hendak kita hadapi terutama pilihan raya. Memang dekat dengan pilihan raya, memang dicari apa sahaja isu untuk dijadikan satu perkara sehingga kita tidak tumpu kepada pilihan raya," ... dalam Islam sesuatu perkara mesti 100 peratus jelas sebelum membuat hukuman atau keputusan. - TG Hj Hadi Awang - 
Baca SINI

Tiada paksaan dalam agama (Islam)
Apakah sebenarnya yang disebut oleh Nurul Izzah sehingga mengundang kontroversi kebelakangan ini. Terbaru Presiden PAS mengeluarkan kenyataan akan meminta penjelasan dari ahli parlimen itu sendiri.

Rata-rata semua orang Islam tahu bahawa Islam mengajar kita tiada paksaan dalam agama, ini berkaitan dengan firman Allah swt dalam al Quran maksudnya:

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” - al Baqarah : 256

Apa yang kita faham seseorang tidak boleh dipaksa memeluk Islam. Itu muktamad. Tetapi apabila seseorang telah Islam, ia terikat dengan disiplin dan hukum-hakam Islam, yang sumber tertingginya adalah al Quran dan Hadis. Dalam erti kata lain lantaran ia telah memilih Islam, ia tiada pilihan melainkan mati dalam Islam kerana itulah peraturan dalam Islam yang ia pilih untuk menganutnya.

Sekali lagi saya tidak pasti apa yang telah diungkapkan akan tetapi rekasi, bukan dari media perdana tetapi media alternatif khasnya dari kalangan yang bukan Islam seolah mengambarkan ahli parlimen berkenaan menyatakan:
How can anyone say (freedom of religion) only apply to the non-Muslim, it has to be applied equally.

Ulasan yang diberikan seolahnya ahli parlimen berkenaan seorang Muslim yang berfikiran terbuka kerana mengakui kebebasan beragama adalah pilihan dan hak masing-masing tidak terkecuali orang Melayu.

Seorang lagi pengulas dalam sebuah blog khas buat penganut Kristian memulakan tulisannya dengan menulis:
The Malaysiakini report on Nurul Izzah Anwar's statement that there should be no compulsion in religion even for Malays is a watershed idea for the nation.

Saya tidak mahu percaya kepada media arus perdana kerana kebanyakkannya punya agenda politik yang semua kita tahu. Tetapi bagaimana kalau laporannya datang dari yang bukan arus perdana?

Apa pun terpulanglah kepada ahli parlimen berkenaan untuk membuat penjelasan dan perjelaskanlah sejelas-jelasnya agar tidak menyusah dan memberi liability kepada pihak lain.

Kalau tidak benar, kalau disalah petik, dipetik luar dari maksud sebenar atau apa sahaja, buatlah penjelasan supaya tidak ada mana pihak boleh eksploitasi dan lebih penting maruah dan nama baik Islam terpelihara.

Dalam surah yang sama Allah swt berfirman maksudnya:

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(al Baqarah : 257)

Rujukan:



Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular